Fungsi utama Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Malaysia Berhad KOPANISZA ialah Perkhidmatan dan aktiviti yang didaftarkan buat masa sekarang ialah Pemasaran, Pendidikan, ICT, Penganjuran Acara, Program Promosi, Latihan dan lain aktiviti yang akan diputuskan kemudian nanti.
Pejabat Operasi Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Malaysia Berhad ialah di 510A, Diamond Complex, Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Keanggotaan KOPANISZA terbuka kepada lepasan pelajar KUSZA, UDM dan UNISZA. Modal syer minima untuk setiap anggota yang telah didiluluskan di dalam Mesyuarat Agung
Permulaan ialah RM100.00 dan Yuran Masuk RM20.00.
Oleh kerana keanggotaan Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Malaysia Berhad KOPANISZA melibatkan seluruh Malaysia, Mesyuarat Agung Tahunan akan menggunakan kaedah perwakilan.
Kawasan perwakilan terbahagi kepada zon A dan zon B.
- ZON A – KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK.
- ZON B – SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, SABAH, SARAWAK
Pada masa sekarang pihak Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Malaysia Berhad telahpun memajukan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk didaftarkan.
Perjalanan aktiviti dan pendaftaran anggota Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu Malaysia Berhad KOPANISZA hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan pendaftaran daripada SKM.