Pinjaman Bai Al-Inah
Sehingga RM150,000.00 mengikut kelayakan (pekeliling koperasi bil: 01/2006 had potongan gaji adalah sebanyak 60% daripada jumlah pendapatan) dengan kadar faedah 5.9% setahun.
PEMINJAM
- Borang pinjaman
- 1 keping salinan akaun bank
- 2 keping kad pengenalan (Disahkan)
- 2 keping slip gaji terkini – 1 bulan (Disahkan)
PENJAMIN
- RM 5000 ke atas 2 ahli KOPEN
- 1 keping slip gaji terkini
Pinjaman Peribadi Pengguna
Pinjaman peribadi pengguna Koperasi Kopen meliputi pinjaman barangan elektrik (sehingga RM20,000.00), pinjaman barangan kemas (RM20,000.00), pinjaman telefon bimbit (RM10,000.00) dan pinjaman komputer yakni semua jenis dan dihadkan sehingga RM10,000.00.
Manakala bagi pinjaman motosikal, amaun pinjaman peribadi yang dibenarkan sehingga RM20,000.00, pinjaman perabot sehingga RM20,000.00, pinjaman pelajaran (RM10,000.00) dan pinjaman pelancongan dihadkan kepada RM20,000.00.
Pinjaman peribadi pengguna yang lain bagi anggota Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad adalah pinjaman perumahan dan juga pinjaman untuk membeli kereta dan nilai pinjaman ini adalah sehingga RM150,000.
Bagi mereka yang sudah mempunyai kediaman, pemohon boleh memohon pinjaman pembaikan rumah dengan pinjaman max sehingga RM150,000.00. Bagi anggota yang ada perniagaan boleh memohon Pinjaman Modal Pusingan Perniagaan sehingga RM150,000.00.
Bentuk pinjaman peribadi yang lain kepada anggota adalah seperti Pinjaman Perkahwinan (sehingga RM10,000.00), Pinjaman Pedang Istiadat, Pinjaman Lesen Kereta & Motosikal (Metro Driving / Surfine serta Pinjaman Memperbaharui Cukai Jalan & Insuran Kenderaan.
Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Berhad juga membantu dalam menyediakan Pinjaman Membuat Cermin Mata (Permata Optical) dan Pinjaman Membeli Basikal.
Pinjaman Peribadi 90% atas yuran
Pinjaman Peribadi 90% atas yuran terkumpul semasa dengan kadar faedah 3% setahun.