Kampus induk MKM terletak di Petaling Jaya dan berhampiran dengan ibukota Kuala Lumpur, kampus ini mudah dihubungi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan seperti bas, LRT dan teksi.
Ini memudahkan masyarakat secara umum dan gerakan koperasi khususnya untuk ke sini.
Kawasan yang dihiasi seni taman yang menarik pula mewujudkan persekitaran yang tenang dan damai.
Ciri-ciri yang sebegini menjadikan tempat pilihan untuk mengadakan perjumpaan, mesyuarat, kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.
Pada bulan Jun 1997 telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah menawarkan perkhidmatan di Kuching, Sarawak pada September 1998.
Maktab Koperasi Malaysia membuka Zon Timur di Pahang pada tahun 2009, Zon Utara di Kedah pada tahun 2010, dan Zon Selatan di Johor juga pada tahun 2010 untuk membolehkan program latihan dan pendidikan koperasi dapat diikuti dengan lebih mudah di seluruh negara.