Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

Dapatkan info produk dan pinjaman peribadi Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB seperti takaful insurans, Hotel Koptown dan lain-lain. Semuanya hanya disini.

Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB
Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Tenaga Nasional Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KOPTNB
  • Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

About Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

Koperasi Tenaga Nasional Berhad ataupun singkatannya KOPTNB telah membuat mesyuarat pertama yang diadakan pada awal tahun 1951, dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan. Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951. Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara. Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

Takaful Insurans Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

Takaful / Insurans Berkelompok – Skim Pilihan

Takaful Etiqa Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB telah menjalinkan kerjasama dengan Etiqa Takaful Berhad untuk mewujudkan satu pelan perlindungan yang istimewa khusus untuk anggota Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB yang mana pelan Takaful Mutiara Plus 1 ini Julung Kali di perkenalkan di pasaran yang merangkumi faeadah serta kebaikan yang bakal dinikmati seperti berikut:-

Faedah

  • Perlindungan 36 jenis penyakit kritikal TANPA sambungan tambahan.
  • Elaun harian kemasukan ke wad / hospital bagi tempoh minima 6 jam.
  • Sumbangan ehsan (perbelanjaan pengebumian) RM 1,000 untuk pasangan dan RM 500 (anak-anak – maksimum 4 orang).
  • Perlindungan merangkumi kematian dan keilatan kekal menyeluruh berpunca daripada penyakit dan kemalangan.
  • Perlindungan keilatan separa kekal mengikut skala yang ditetapkan.
  • Pasangan dan anak-anak boleh menyertainya

Semua manfaat di atas dapat dinikmati dengan sumbangan serendah RM10.00 SEBULAN / RM 0.33 SEHARI.

Pelan ini juga ditawarkan kepada anggota Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB selaras dengan Perlaksanaan Pembiayaan Syariah yang diperkenalkan oleh pihak Koperasi.

Ciri Ciri Utama dan Premium Bulanan Etiqa Takaful Mutiara Plus 1

Insurans Berkelompok Skim Perlindungan Hayat & Simpanan

Premium yang rendah dari RM10 sebulan ke RM100 sebulan untuk perlindungan RM15,000 ke RM100,000.

Faedah
  • Simpanan dikembalikan beserta keuntungan.
  • Isteri / suami yang bukan anggota boleh menyertainya.
  • Pampasan kehilangan keupayaan.
  • Pampasan berganda atau
  • Perbelanjaaan pengebumian.
Keistimewaan
  • Anggota yang menyertai skim ini boleh membuat pembiayaan tanpa perlu menyediakan penjamin.
  • Perlindungan Penyakit Kritikal
  • Perlindungan dan pampasan bagi 36 penyakit kritikal dengan premium yang rendah.
  • Perlindungan 24 jam yang merangkumi seluruh dunia

Takaful / Insurans Motor Kenderaan & Cukai Jalan Kerjasama dengan Takaful Etiqa / Takaful Ikhlas / Kurnia Insurans (M) Berhad / Multipurpose Insurans

  1. Tempoh maksimum bayaran balik selama sepuluh (10) bulan.
  2. 5 (lima) kenderaan dengan jumlah maksimum pembiayaan sebanyak RM5,000.
  3. Pembiayaan termasuk Takaful / Insurans kenderaan dan cukai jalan.

Nota perlindungan dikeluarkan dengan serta merta. Penghantaran cukai jalan kenderaan (road tax) terus ke rumah anda.

Kebajikan Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

Bantuan Pelajaran Raja Tan Sri Zainal

Bantuan percuma dari Dana Raja Tan Sri Zainal. Dibahagikan kepada 3 bahagian

  1. Sekolah Rendah
  2. Sekolah Menengah
  3. Universiti / Profesional

Pembiayaan Pelajaran Jubli Perak

  1. Pembiayaan maksimum RM10,000 tanpa caj perkhidmatan dibayar RM2,000 setahun.
  2. Bayaran balik RM150 sebulan selepas tamat tempoh pengajian.
  3. Anak anggota layak memohonnya.
  4. Dua orang penjamin.

Sumbangan untuk Anggota Setia

  1. Membiayai Anggota Setia sebahagian dari kos lawatan melancong ke dalam / luar negara.

Pencarum terbaik.

  1. Keanggotaan terbaik.
  2. Pendidikan
  3. Seminar Keanggotaan

Anugerah

  1. Anugerah anak cemerlang
  2. Anugerah anggota cemerlang (Pendidikan)

Khairat Kematian

Membayar sejumlah wang sebagai khairat kematian.

Wasiat Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad

  • Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB telah menjalinkan kerjasama dengan Amanah Raya Berhad, syarikat amanah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk memberi perkhidmatan penulisan Wasiat atau ‘Will’ kepada semua anggota Koperasi TNB dengan kos yang berpatutan. Faedah Penulisan Wasiat di Amanah Raya Berhad
  • Pelantikan Wasi (pemegang amanah) untuk mentadbirkan harta pusaka selepas kematian. Memudahkan proses pentadbiran harta pusaka. Memudahkan pengagihan harta pusaka kepada waris yang tinggal. Mengelakkan harta pusaka dibekukan dan mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka
  • Mengelakkan perbalahan di kalangan ahli keluarga
  • Penulisan Wasiat atau ‘Will’ ini boleh dibuat dengan mudah, cepat dan ringkas dengan kos sebanyak RM210.00 seorang sahaja.

Kemudahan pembayaran

  1. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau potongan gaji untuk anggotaKoperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB. Ciri-ciri utama Wasiat atau ‘Will’

Dokumen yang sah di sisi perundangan

  1. Sekurang-kurangnya dua orang saksi yang adil dan waras
  2. Pewasiat menandatangani Wasiat atau ‘Will’ dalam keadaan waras
  3. Pelantikan Amanah Raya Berhad sebagai Wasi (pemegang amanah)
  4. Hubungi pegawai kami En. Zulfaqhar 03-22823670 atau 019-3558119 untuk penerangan lanjut. Boleh juga merujuk laman web www.moreclass.com.my untuk maklumat lanjut.

Koptown Hotel Address

KopTown Hotel Kuala Lumpur
NO 68, Wisma Pantai
Jalan Pantai
59200, Bangsar Kuala Lumpur
Malaysia

CONTACT

Tel. No: +603 2202 2722
Fax No: +603 2201 2251

E-mail: kualalumpur@koptown.com.my
koptown.com.my

https://koptnb.com

Hashtag / Keywords

 #koperasi #KoperasiServices #KoperasiTNB 

Info Pinjaman Peribadi Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB?

Contact Koperasi Tenaga Nasional Berhad KOPTNB

error: Content is protected !!