Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA adalah koperasi terbaik Malaysia kerana menawarkan pelbagai pinjaman peribadi tunai dan perkhidmatan pelaburan berasaskan syariah. Dapatkan info TERLENGKAP disini.
Dapatkan info TERLENGKAP Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA dan koperasi Malaysia yang lain hanya di koperasi.business
Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
Secara ringkasnya, apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA?
Baiklah, untuk pertanyaan itu, antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA adalah seperti berikut:-
Pelaburan Al-Jadwa
Pelaburan Al-Muin
Pelaburan Al-Tahtmir
Pelaburan Al-Wafi II
Manakala bagi produk pinjaman peribadi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA pula adalah seperti berikut:-
Pinjaman peribadi Al-Aqari
Pinjaman peribadi Al-Intaj
Pinjaman peribadi Al-Mumtaz
Pinjaman Peribadi Al-Tijari
Selain itu antara produk dan perkhidmatan terhangat dipasaran adalah pelaburan emas yang dikenali sebagai KOPSYA Gold.
About Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
Untuk memahami penubuhan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA ANGKASA, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa sebelum tahun 2009, ANGKASA telah terlebih dahulu terlibat dalam menawarkan kemahiran pendidikan dan pembelajaran melalui penyediaan kursus-kursus pendek, seminar, konvensyen dan penyiaran, khas untuk ahli-ahli dan kakitangan koperasi serta Lembaga Pengarah mereka.
Selepas tahun 2009, satu konvensyen mengenai hala tuju strategik ANGKASA telah diadakan rentetan daripada Mesyuarat Agung Tahunan ANGKASA pada 26 Disember 2009, di mana Pengerusi ANGKASA, Profesor Dato’ Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum membentangkan hala tuju strategik bagi ANGKASA, dan mengumumkan hasrat untuk mewujudkan sebuah bank koperasi untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, atau Bank Koperasi Islam -‘Islamic Cooperative Bank’ (ISCOBA/ICB).
Walaubagaimanapun, sebagai momentum dalam usaha untuk menubuhkan Bank Koperasi Islam, terdapat isu-isu, sekatan dan perjanjian-perjanjian yang ditetapkan oleh sekuriti, kewangan dan pihak berkuasa dalam pembentukan ICB ini di samping isu “boundary management” dan beberapa perkara dalam rangka kerja kawal selia koperasi yang tidak menyokong pembentukan Bank Koperasi Islam ini.
Oleh itu ianya memberikan cabaran besar kepada Jawatankuasa Pengemudi ANGKASA. Bagi mengatasi kebuntuan ini, KOPSYA ANGKASA telah ditubuhkan dengan menggunakan platfom koperasi yang diberi mandat untuk menyediakan perniagaan perbankan Islam seperti tujuan asalnya.
Walaupun pelan induk ICB yang asal telah dipertikaikan, nilai dan hasratnya masih kekal relevan. Oleh yang demikian, KOPSYA ANGKASA disokong dan disahkan secara rasmi oleh Menteri Koperasi, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan pada 07 Julai 2011, dan pembentukan KOPSYA ANGKASA telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Produk dan Perkhidmatan Kopsya
Produk Deposit Pelaburan
Terdapat banyak produk pelaburan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA untuk anda pilih seperti dibawah.
Pelaburan Al-Jadwa
Pelaburan Khas Al-Jadwa adalah istimewa untuk Koperasi Sekolah
Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
Pelaburan minima RM1,000.00
Tempoh
Kadar Keuntungan
1 Tahun
4%
2 Tahun & ke atas
4.25%
Pelaburan Al-Muin
Produk pelaburan jangka panjang
Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
Istimewa untuk Anggota Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
Pelaburan KHAS* dengan kadar keuntungan yang lebih tinggi
Tempoh pelaburan 3 tahun
Pelaburan minima RM10,000.00 * Kadar ditentukan dari masa ke semasa
Pelaburan Al-Tathmir
Produk pelaburan jangka pendek
Berasaskan kontrak Mudharabah (Perkongsian Keuntungan)
Pelaburan minima RM1,000.00
Kadar jangkaan keuntungan 3.45%
Pelaburan Al-Wafi II
Produk pelaburan jangka panjang
Konsep – Al-Wakalah bi Al-Istithmar
Istimewa untuk Anggota Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
Diurus bersama dengan Institusi Kewangan Islam
Kadar jangkaan keuntungan 4%
Tempoh minima 2 tahun
Pelaburan minima RM1,000.00
Produk Kopsya Gold
Produk Kopsya Gold ini adalah produk berasaskan emas dan dikeluarkan dalam bentuk kepingan atau wafer.
Berat wafer adalah 1gram dan 2gram dan mudah dibawa dan disimpan
KELEBIHAN PELABURAN EMAS
Emas adalah aset bernilai walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu
Kalis inflasi
Peluang membuat keuntungan
Kualiti tinggi
Harta mudah cair
Nilai dalaman hakiki (Instrinsic value)
KEISTIMEWAAN KOPSYA GOLD
Ketulenan KOPSYA GOLD 999
Mudah dan mampu untuk dimiliki
Pelaburan yang selamat
Jaminan belian semula
Disertakan sijil ketulenan
WAKIL JUALAN KOPSYA GOLD
Ejen yang dilantik oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad untuk menjual dan mengedarkan KOPSYA GOLD kepada pembeli akhir
Semua Koperasi Anggota adalah layak untuk menjadi Wakil Jualan KOPSYA GOLD
Minima Pembelian:
1gram – 20 keping
2gram – 10 keping
Harga Jualan – mengikut harga yang telah ditetapkan oleh Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
Pembayaran – Tunai / Cek / Kredit ke Akaun Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad
Penyerahan – apabila pembayaran telah dibuat
Komisyen – 5 % dari harga KOPSYA GOLD
Penghantaran – Wakil Jualan perlu mengambil sendiri KOPSYA GOLD di pejabat Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYA
Jualan Balik – Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad KOPSYAakan membeli dengan harga diskaun 6%
Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad Ground & First Floor, Unit 111 & 211 Block C, Glomac Business Centre No. 10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor