Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad KOPPIM julung-julung kalinya diadakan mesyuarat kali pertama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad atau singkatannya KoPPIM.
Mesyuarat berlangsung di Ibu Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, Kuala Lumpur.
Ibarat membuka lembaran baru yang tercipta mesyuarat pertama kali ini turut dihadiri oleh pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Atau KPDNKK, Tuan Haji Zulkifli Bin Yaakob .
Turut hadir Brigidier Jeneral Datuk Husainay Hashim, Penasihat Yayasan Patriot Negara Malaysia, Ketua Aktivis PPIM Dato’ Nadzim Johan, Aktivis-Aktivis Kanan PPIM serta kira-kira Lebih 70 Orang Ahli Baru Koperasi.
Mesyuarat pertama kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Zharif Johor yang juga merupakan Aktivis PPIM. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk melantik ahli lembaga pengarah koperasi, menerangkan permohonan pendaftaran undang-undang kecil koperasi selain memberi penjelasan berhubung pelbagai perkara dan syarat penubuhan dan keahlian sebuah koperasi.
Penubuhan koperasi dengan nama KoPPIM ini adalah hasil kesinambungan daripada perjuangan ppim selama ini iaitu untuk menjalankan pelbagai akiviti kepenggunaan serta memeperjuangkan hak dan maruah pengguna di Malaysia.