Stesen Minyak
Stesen terletak di Jalan Baja, Pasir Gudang ini mula beroperasi semenjak 15 November 1988. Selain dari penjualan minyak secara tunai kepada umum ia memberi kemudahan kredit kepada kenderaan-kenderaan rasmi JPB, JPL, syarikat-syarikat swasta dan juga kepada ahli Koperasi. Caltex Mart menawarkan pelbagai makanan, minuman serta barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Minyak Caltex Techron bermutu tinggi dan sesuai untuk semua jenis kenderaan.
Sewaan Rumah Kedai
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB memiliki 3 buah rumah kedai di persekitaran Pasir Gudang yang disewakan kepada penyewa. Maklumbalas daripada pihak penyewa adalah sangat menggembirakan pihak Koperasi. Selain sewa bulanan dengan harga yang berpatutan, layanan dari pihak pejabat Koperasi memuaskan hati penyewa. Kami berhasrat untuk memberi peluang peniaga-peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan selesa. Peluang untuk menyewa ruang kedai atau pejabat dengan keselesaan yang dijamin.
Wakil Insuran Takaful
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad KPJB adalah wakil insuran Takaful Malaysia yang sah. Pihak kami ada menyediakan pembaharuan insurans dan cukai jalan untuk semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat. Koperasi memberikan pulangan (rebate) 5% kepada semua pelanggan yang berurusan dengan kami untuk pembaharuan insurans. Pelanggan yang dihormati akan berpuas hati dengan layanan kami dan usaha pembaikan akan dipantau dari masa ke semasa. Pulangan 5% untuk setiap pembaharuan insurans dan cukai jalan.
Pembekal Pekerja dan Barang
Koperasi Pelabuhan Johor Berhad menyediakan perkhidmatan pembekal pekerja dan barang selaras dengan pembangunan negara. Perkhidmatan ini akan membantu Koperasi bergerak lebih jauh serta memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada pembekal. Barang-barang yang turut dibekalkan seperti baju pekerja (Johor Port, JPL dan lain-lain), pakaian seragam polis, kasut, t-shirt, safety helmet juga barang-barang keperluan lain. Pihak kami akan memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami yang dihormati. Menyediakan pekerja yang berdedikasi dan barangan yang berkualiti.