Dibawah adalah sejarah Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad PKPKM bahagian kedua.
Bagi menguatkan lagi perpaduan di kalangan pekebun-pekebun kecil, maka pada 28 Februari 1956, Mesyuarat Permulaan Penubuhan yang dirasmikan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan tanah Melayu, maka tertubuhlah Majlis Persekutuan-Persekutuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaya (Council of Malayan SmallholdersAssociation-CMSA).
Sebaik sahaja tertubuhnya CMSA,maka Jawatankuasa Kerjanya terus memohon menjadi ahli dalam MRPC. Pada bulan April 1956, MRPC menerima 5 orang wakil daripada CMSA menjadi ahlinya, iaitu kali pertama dalam sejarah pergerakan dan perjuangan pekebun-pekebun kecil berjaya duduk bersama-sama wakil RGA, MEOA dan UPAM untuk memaju, memelihara dan melindungi hak dan kepentingan pengeluarpengeluar getah asli dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam dekad tahun 60an terbit beberapa kelemahan dalam perjalanan CMSA dan persukutuan-persukutuan ahlinya disebabkan masalah pentadbiran dan berterusan sehingga dekad 70an. Kelemahan ini
menyebabkan persukutuan-persukutuan di peringkat negeri dan cawangan boleh dikatakan tidak lagi berfungsi.
Pada tahun 1970, beberapa pemimpin CMSA bersama cerdik pandai lain telah menubuhkan Persukutuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Barat (PKPKMB) dengan tujuan mengukuhkan semula
pendirian pekebun-pekebun kecil dengan pentadbiran yang lebih kemas dan tegas.
Persekutuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Barat ini telah ditubuhkan dan didaftarkan dalam bulan Ogos, 1970 dengan ahli-ahli Majlis Tertingginya diketuai oleh Y.B Tuan Haji Mohd Yusof bin Mahmud sebagai yang Dipertua.