Tanaman Kelapa Sawit
Pendapatan utama Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad adalah daripada aktiviti perladangan iaitu kelapa sawit. Pada asalnya Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA mempunyai seluas 3000 ekar tanah di daerah Kluang. Namun setelah terlibat dengan pembangunan, tanah yang tinggal untuk tanaman kelapa sawit adalah seluas 1571 ekar yang terbahagi kepada 9 blok.
Sewaan Bangunan Komersial
- Bangunan Wisma Kopketa dan 9 pintu rumah kedai di sekitar Bandar kluang johor.
- Empat belas pintu rumah kedai di Bandar Seri Impian, kluang Johor untuk disewakan.
- 2 buah banggunan kedai dan pejabat di Impianan Square Bandar Seri Impian dalam binaan untuk disewakan.
- 6 buah banglow disewakan
Pembangunan Perumahan
Pembangunan hartanah Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA bersama Matrix Concept telah dimulakan dengan keluasan tanah 900 ekar tanah ladang. Ianya telah dibangunkan dengan perumahan bercampur pada awal tahun 2005. Pada masa ini 2017 hampir 85 % telah berjaya dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.
Pra Perasmian Petron Bandar Seri Impian Kluang, Johor
Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor (KOPKETA) melakar sejarah manis apabila muncul satu satunya Koperasi yang berani dan berjaya menceburi bidang perniagaan membuka Stesen Minyak PETRON di Bandar Seri Impian Kluang Johor.
Pelaksanaan kerja-kerja stesen Minyak Petron itu dimulakan pada 1 April tahun lalu dan siap sepenuhnya hari ini (25 Ogos 2020) .
Sejajar dengan misinya menjadikan Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad sebuah Koperasi yang kompeten dan berdaya saing, anggota Ahli Lembaganya yang diketuai pengerusi Haji Mohd Ariffin Ismail bekerja keras ke arah mencapai misi dan visi yang digariskan.
Menurut haji Mohd Ariffin dengan pembukaan Petron ini ,ia diharap dapat meningkatkan lagi sumber pendapatan Kopketa selain perolehan keuntungan menerusi bidang perladangan, pembangunan hartanah dan pelaburan.
Katanya Kopketa dijangka akan memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM360,000.00 pada tahun pertama operasinya yang bermula hari ini. Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad menjangkakan keuntungan meningkat pada tahun tahun seterusnya. Dengan peningkatan keuntungan itu ia sekali gus akan dapat dimanfaatkan oleh setiap ahli. Beliau menyatakan demikian semasa Pra Perasmian PETRON Bandar Seri Impian di Kluang.
Menurut haji Mohd Ariffin kunci utama untuk menjayakan sesuatu termasuk membina stesen minyak itu ,ia perlu dengan ‘amanah ‘ yang betul. Katanya usaha Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad tidak berhenti setakat itu, beberapa perancangan lain sedang dilaksanakan.