Perniagaan Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad
Untuk memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan kepada anggota dengan perkhidmatan yang efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama
Kiosk KOTANI Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad, Wisma Tani Putrajaya
Penubuhan Kiosk Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad KOTANI di Wisma Tani, Putrajaya merupakan salah satu alternatif mudah untuk anggota berurusan dengan pihak koperasi selain menjadi tempat anggota mendapatkan info-info terkini.
Kiosk ini telah dirasmikan pada 16 Jun 2011 oleh YB Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Selain dari menyediakan perkhidmatan untuk anggota, Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad turut menjalankan perniagaan menjual barangan yang berasaskan pertanian, perikanan dan sebagainya yang telah diperolehi dari badan – badan kerajaan, swasta dan persendirian.
Sehingga kini, pihak Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad masih mengalu – alukan pembekal produk – produk tempatan untuk dipasarkan ke Kiosk Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad.