Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad COOPALTAQWA KATKLB merupakan salah satu organisasi kewangan yang mengajak umat Islam bermu’amalah berlandaskan syari’ah.
Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.
Atas kesedaran betapa perlunya sebuah Institusi Kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 08 Julai 2009, atas daya usaha Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Masjid al Taqwa Kg Kisap Langkawi, maka tertubuhlah Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad atau nama ringkasnya, KATKLB.
Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian.
Bertolak dari sinilah, Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad COOPALTAQWA LANGKAWI KATKLB akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.