Perkara asas yang pertama sekali dilakukan oleh potential clients untuk membuat loan selepas mendapat maklumat promosi melalui hebahan di media social ataupun melalui penyebaran flyers adalah untuk melihat table of repayment loan. Melihat dan membanding-bandingkan interest rate dan juga bayaran bulanan adalah perkara yang sangat mustahak supaya kehidupan kita tidak menjadi sukar setelah membuat pinjaman peribadi. Manakan tidak, kita akan menanggung hutang yang perlu dibayar sedikit demi sedikit setiap bulan.
Pada masa dahulu sekitar tahun 2008, banyak iklan pinjaman kewangan di dada-dada akhbar yang turut menyorot mengenai Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi @ bayaran bulanan setiap loan. Tidak kurang juga beberapa koperasi dan bank yang menyelitkan helaian flyers loan dalam setiap akhbar arus perdana yang menyatakan mengenai kadar keuntungan dan bayaran installment pinjaman beserta nombor pegawai yang perlu dihubungi.
Terdapat juga beberapa orang agen yang sanggup bangun pada jam 3 pagi untuk pergi ke pusat pengumpulan dan pengagihan akhbar (distribution center) di bangunan bangkok bank Kuala Lumpur untuk membayar perkhidmatan menyelit risalah pembiayaan peribadi di setiap naskah surat khabar.
Dan apabila naskah surat khabar sampai ke tangan pengguna, mereka akan membaca dan seterusnya menghubungi nombor yang tertera pada pamplet loan disamping melihat Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule. Dikhabarkan ada antara agen jualan koperasi yang sanggup mencetak belasan ribu helai flyers setiap hari untuk diedarkan dan diselitkan ke dalam surat khabar. Bahagian depan promosi terkini loan dan bahagian belakang adalah Jadual Pembayaran bulanan pinjaman peribadi.
Zaman berubah mengikut arus zaman. Dari pengedaran risalah secara fizikal kepada edaran melalui maya atau virtual. Cara baru ini tidaklah semahal seperti mencetak dan fotostat risalah loan kerana fotostat setiap helai dalam kuantiti yang pukal akan dikenakan RM0.05 (5 sen) sehelai. Bayangkan jika setiap hari kami fotostat dalam 5 ribu flyers.
Memang kering poket dibuatnya. Apa yang penting adalah kandungan dalam flyers loan seperti interest rate, installment samada fix atau floating mestilah tepat, benar dan tidak menipu customer. Tidak ketinggalan juga disertakan Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi.
Kini sejak munculnya aplikasi telefon bimbit dengan kewujudan apps dan populariti tahun 2014 di platform OS Android seperti Google Apps Store, IOS Apple Store dan Microsoft Market Store, kaedah promosi secara fizikal menjadi semakin berkurang dan kurang digemari. Ini kerana perkhidmatan apps seperti WhatsApp dan Telegram dapat menyalurkan maklumat berkaitan loan secara terus kepada pengguna dengan percuma.
Apa yang anda mesti ada adalah sambungan internet dengan dataplan bulanan, mobile hotspot ataupun hotspot di coffee shop. Anda bebas menghantar promosi loan terkini, mendapatkan Jadual Pembayaran Pinjaman Peribadi | Personal Loan Repayment Schedule dan boleh mendapatkan feedback yang cepat dari pemohon yang berminat.