Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS Bank Negara Malaysia BNM adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain. Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem Central Credit Reference Information System Bank Negara Malaysia BNM ini.