e-payslip utk AG (Federal Government)
Berikutan dengan banyaknya berlaku kes penipuan payslip (fraud), pihak koperasi telah mengetatkan syarat pembiayaan peribadi dan Prosedur Pinjaman Peribadi Koperasi Dan Bank dengan menyuruh pemohon untuk membekalkan kata laluan (password) sementara untuk mengakses payslip pemohon.
Prosedur Pinjaman Peribadi Koperasi Dan Bank yang pertama adalah berkenaan Katalaluan (temporary pin number) atau password sementara akan digunakan oleh pihak koperasi untuk authenticate samada payslip betul ataupun fake payslip.
Dan selepas pemohon menerima panggilan akad dari koperasi berkenaan permohonan pembiayaan peribadi, pemohon dinasihatkan untuk menukar semula katalaluan sementara kepada kataluan asal atau katalaluan lain sebagai langkah keselamatan.
Untuk penjawat awam(government staff) perlu menukar katalaluan atau password kepada no ic supaya pihak koperasi dapat membuat semakan samada payslip yang diberikan semasa proses Personal Financing adalah payslip genuine dan bukannya payslip yang diedit.
Adalah menjadi kesalahan besar sekiranya pihak koperasi mendapati payslip yg diberi adalah payslip palsu. Ini menyalahi Prosedur Pinjaman Peribadi Koperasi Dan Bank. Selepas mendapat panggilan akad, pemohon bolehlah menukar semula password kepada password asal.
Diharap agar bakal peminjam dan pemohon mengerti dan memahami akan prosedur tambahan yang perlu dan harus dilakukan bagi menjamin kemaslahatan semua pihak.