Pinjaman Peribadi Maybank Berhad (Malayan Banking Berhad)- MBB merupakan bank yang paling terkenal di Malaysia. Bank yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan bank yang paling banyak mesin pengeluaran wang tunai dan deposit di Malaysia. Maybank juga mempunyai rangkaian teknologi yang terulung dengan memperkenalkan aplikasi bayaran secara on-line (atas talian) yang terawal di Malaysia. Aplikasi bayaran on-line tersebut dikenali sebagai Maybank2u.
Masa dulu-dulu, pembayaran pinjaman peribadi bank yang tidak melalui potongan gaji majikan (PGM) iaitu dengan potongan biro angkasa (bpa) kadang-kadang terlewat untuk dibayar. Ini kerana semua perkhidmatan perlu dibayar secara tunai terus ke kaunter bank yang berhampiran. Adakalanya terpaksa menunggu lama di kaunter bank sementara menanti nombor giliran anda dipanggil oleh mesin pengiraan barisan (queue number machine).
Ini membuatkan ramai di antara kita pada masa lalu yang terpaksa menunggu lama dan tidak kurang juga menunggu berjam-jam semata-mata untuk membayar pinjaman peribadi bank, membayar ansuran bulanan sewa beli kereta (hired purchased loan), installment rumah dan memindah tunai ke akaun lain (transfer duit).
Dengan adanya aplikasi dalam talian, bayaran komitmen bulanan dapat diselenggara dengan mudah dan efisien tanpa perlu beratur panjang di kaunter bank. Berdasarkan pengalaman, inilah website yang mula-mula sekali digunakan iaitu maybank2u.com.my. Aplikasi payment online website ini telah lama digunakan sejak dari tahun 2002 hingga sekarang. Jika dahulu bayaran bil siaran televisyen berbayar Astro hanya boleh dibayar di Pejabat Pos, tetapi dengan adanya maybank2u.com.my, bukan sahaja bil Astro, tetapi segala jenis bil dapat dibayar melalui website.
Begitulah cepatnya teknologi yang dahulunya semua transaksi bayaran dilakukan secara fizikal (cetakan resit menggunakan printer). Selepas itu menggunakan PC iaitu komputer dengan kewujudan laman web dan kini pula dengan menggunakan tablet ataupun telefon bimbit (smartphone) dengan adanya apps (aplikasi pintar) di Google Playstore dan Apple Apsstore.