Bermula dari Januari 2013, anda boleh melaksanakan Umrah dan merealisasikan impian perjalanan untuk menikmati keindahan serta keamanan di Baitullah Al-Haram.
Kami semakin hampir kepada pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman ini untuk mencipta hubungan yang kukuh sesama ahli.
Kami benar-benar mahu memastikan keinginan dan impian anda menjadi kenyataan dengan melancarkan Pembiayaan Umrah dan Ziarah.
Justeru, kepada sesiapa yang berminat, berikut adalah merupakan Terma & Syarat:
- Terbuka kepada semua ahli kakitangan UniMAP samada tetap atau kontrak
- Jumlah pembiayaan ialah sebanyak RM 3,000 hingga RM 10,000
- Tempoh pembiayaan ialah sehingga 5 tahun
- Hibah serendah 4.10% setahun
- Bayaran ansuran bulanan adalah seperti dalam jadual yang dilampirkan (lampiran I)
- Jaminan sekuriti adalah serendah 1.0%
- Tiada caj pengurusan dan tiada caj tersembunyi dikenakan
Sementara ini adalah Prosedur Pembiayaan:
- Pemohon diminta mengisi borang (KU-U001) bagi membuat permohonan Pembiayaan
- Umrah dan Ziarah.
- Borang permohonan ini boleh didapati di Pejabat Urusan Kounimap Perlis Berhad.
- Proses penapisan akan dilakukan berdasarkan kelayakan untuk mendapat pembiayaan.
- Ahli Lembaga yang bertanggungjawab akan meluluskan/tidak meluluskan permohonan yang dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kounimap Perlis Berhad.
- Surat Tawaran Pembiayaan Umrah Ziarah (KU-U002) akan dikeluarkan.
- Perjanjian Akad (KU-A003), Surat Penerimaan Tawaran Pembiayaan Umrah dan Ziarah (KU-U003) dan kebenaran Potongan Gaji (KU-G010) akan ditandatangani oleh pemohon dan wakil Kounimap Koperasi UniMAP Perlis Berhad (KU-A003).
- Cek akan dikeluarkan setelah siap diluluskan dan ditandatangani oleh dua daripada tiga Ahli Lembaga Koperasi Tertinggi.
- Cek akan diberi terus kepada pemohon/cek akan dideposit ke akaun pemohon atas permintaan.
- Pemotongan gaji akan bermula sebulan selepas pembiayaan dikeluarkan.
Jika tiada pemotongan gaji dibuat oleh Jabatan Bendahari di slip gaji, pemohon diminta menjelaskan bayaran di kaunter Kewangan.