Unit Pembiayaan Koperasi Unikeb Berhad bagi tahun 2019 terus menjadi penyumbang utama kepada keuntungan secara keseluruhannya. Unit Pembiayaan terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Pembiayaan Wang, Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan dan Perkhidmatan Potongan Gaji.
Bagi memenuhi keperluan dan kehendak anggota, penawaran produk pembiayaan telah dipelbagaikan. Produk-produk yang terdapat di Unit Pembiayaan ialah :
- Pembiayaan Bai Al Inah berpenjamin
- Pembiayaan Bai Al Inah tanpa penjamin
- Pembiayaan Ekspress berpenjamin
- Pembiayaan Ekspress tanpa penjamin
- Pembiayaan Persekolahan
- Pembiayaan Emas
- Pembiayaan Aidilfitri
- Pembiayaan Barangan & Perkhidmatan
Produk Pembiayaan Ekspress Berpenjamin merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan anggota . Pembiayaan ini menawarkan pembiayaan maksimum berjumlah RM 20,000 berjaya mencatatkan bilangan tinggi.
Kami amat prihatin dengan keperluan para anggota dalam menangani kos kehidupan yang semakin meningkat dan mencabar. Pembiayaan Persekolahan mula ditawarkan pada Disember 2015 khusus untuk membantu para anggota dalam menangani keperluan persekolahan anak-anak.
Mulai tahun 2016 kami menawarkan Pembiayaan Emas untuk kemudahan para anggota memiliki emas di Kedai Emas. Sepanjang tahun 2019, anggota telah menggunakan kemudahan ini untuk memiliki emas yang ditawarkan di Kedai Emas secara potongan gaji
Kami juga menawarkan Pembiayaan Aidilfitri khusus untuk membantu meringankan beban kewangan para anggota supaya dapat menyambut lebaran dengan lebih ceria disamping keluarga. Kami dalam perancangan untuk mempelbagaikan kemudahan pembiayaan untuk memenuhi keperluan anggota.
Jadi hubungi dengan segera jika ada pertanyaan dan kemuskilan mengenai apa sahaja produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.