Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad ada menyediakan pembiayaan Al-Bainah untuk semua anggota Koperasi Pertanian KOTANI yang layak.
Tujuan pinjaman peribadi ini adalah untuk menyediakan pembiayaan kepada anggota yang memerlukan wang tunai untuk pelbagai kegunaan.
Had Pembiayaan Pinjaman Peribadi
Jumlah maksima pinjaman peribadi ini ialah sejumlah RM 50,000.00.
Pembiayaan peribadi ini dihadkan kepada enam belas 16 x gaji pokok bulan jumlah pendapatan pemohon dicampurkan modal yuran terkumpul semasa anggota, mengikut yang mana lebih rendah.
Tempoh Bayaran Balik Pembiayaan Peribadi
- Bayaran balik pinjaman peribadi bermula dari bulan berikutnya setelah pembiayaan dikeluarkan sehingga tamat tempoh pembiayaan.
- Pembiayaan RM5,000.00 ke bawah – 60 bulan. Pembiayaan RM5,001.00 hingga RM10,000.00 – 72 bulan.
- Pembiayaan RM10,001.00 hingga RM 150,000.00 – 120 bulan.
Pembiayaan Bertindih (Overlap)
Kecuali dengan kebenaran Lembaga pinjaman peribadi bertindih (overlap) dibenarkan selepas bayaran ansuran pinjaman peribadi telah dibayar sebanyak enam (6) kali bayaran.
Semua baki pembiayaan lama ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Kadar Pengambilan Keuntungan
Semua jenis pinjaman peribadi yang dikeluarkan akan dikira kadar pengambilan untung seperti berikut:-
Tempoh Pembiayaan | Kadar Pengambilan Keuntungan |
---|
6 – 18 bulan | 6% setahun |
24 – 30 bulan | 6.25% setahun |
36 – 42 bulan | 6.50% setahun |
48 – 54 bulan | 6.75% setahun |
60 – 120 bulan | 7% setahun |