Tidak ramai di antara kita yang tidak sedar dengan istilah di atas iaitu ‘tambah loan bermakna menambah komitmen’. Memang banyak promosi dari bank dan koperasi yang memang terlajak menarik. Yang paling penting adalah tepuk dada tanya iman anda. Persoalan seperti apa objektif anda untuk membuat loan, tempoh pembiayaan (loan tenure) panjang atau pendek dan adakah potongan bulanan akan meningkat selepas setahun atau selepas 3 tahun dari tarikh mula bayar.
Perkara ini harus anda fikir semasak-masaknya sebelum keputusan dibuat. Biasanya perasaan seronok itu hanyalah sementara mungkin untuk beberapa bulan atau beberapa tahun sahaja. Dan selepas itu anda akan mula merasa keperitan kerana komitmen anda bertambah. Contohnya jika dahulu, gaji bersih anda (gaji kasar tolak jumlah potongan) adalah Rm1800 pada sesetengah orang (berjawatan sederhana) merasakan bahawa duit gaji bersih mencukupi untuk mengharungi hidup selama sebulan sebelum dapat gaji pada bulan berikutnya.
Tetapi jika anda membuat loan dan bayaran installement bulanan katakanlah Rm250 selama 10 tahun, maka sebenarnya anda telah mengurangkan perbelanjaan dan cairan wang anda dari Rm1,800 menjadi Rm1,550. Ini membahayakan diri anda kerana anda akan terkurang Rm250 sehinggalah pinjaman yang dibuat sudah dibayar sepenuhnya.
Walaupun ramai di antara kita berpendapat bahawa ‘oh takpe, kami akan dapat kenaikan gaji tiap-tiap tahun…jadi tahun depan boleh buat loan lagi’ adalah sangkaan yang meleset kerana anda tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada diri anda dan keluarga anda pada masa hadapan. Mungkin tidak sampai setahun anda memerlukan duit kecemasan dan pada masa itu langkah terakhir adalah dengan membuat pinjaman.
Sebenarnya tidak ada salahnya dengan meminjam asalkan anda tahu apa yang anda lakukan itu memberi kebaikan kepada anda dalam jangkamasa pendek, sederhana dan masa panjang. Dalam terma kewangan, loan jangkamasa pendek dibayar dalam masa 1-2 tahun, jangkamasa sederhana di antara 3-5 tahun dan masa panjang antara 10 ke 20 tahun. Contoh pinjaman jangkamasa pendek seperti pinjaman kecemasan, pinjaman belanja persekolahan tahun dll.
Contoh pembiayaan jangka sederhana adalah pembiayaan yang tidak memerlukan anda memanjangkan tempoh max sehingga 10 tahun atau 20 tahun kerana anda yakin masalah anda dapat diselesaikan dalam masa 3-5 tahun. Manakala contoh pinjaman long term adalah seperti pembiayaan perumahan dan membeli aset tetap yang tidak mungkin anda akan dapat membayar installement bulanan jika anda menukarkan kepada pinjaman jangkamasa sederhana atau pendek. Memang mustahil!
Berminat untuk memohon pinjaman peribadi Koperasi Kuasa? Sila berhubung dengan nombor talian hotline kami untuk urusan lebih lanjut.