Pembiayaan Tunai Berjamin
Pembiayaan Tunai Berjamin ini memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.
Kelayakan Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad UitmKoop
Bagi Pembiayaan Tunai Berjamin, kelayakan Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad UitmKoopadalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.
Pembiayaan Pengguna ( Barangan )
Pembiayaan Pengguna ( Barangan ) memerlukan penjamin yang terdiri daripada anggota Koperasi yang layak untuk menjamin tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Koperasi.
Kelayakan Pembiayaan
Bagi Pembiayaan Pengguna ( Barangan ), kelayakan Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad UitmKoop adalah 25 bulan gaji pokok atau RM150,000.00 yang mana kurang, tertakluk kepada potongan sedia ada anggota tidak melebihi 60% daripada gaji pokok, Kadar faedah adalah 4% dan 5% dan pembiayaan maksima mencapai RM 150,000.00.
Pembiayaan Tunai 90% Caruman
Pembiayaan Tunai 90% Caruman tidak memerlukan penjamin tetapi jaminan Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad UitmKoop ini adalah di atas caruman anggota yang meminjam. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi.
Kelayakan Pembiayaan
- Bagi Pembiayaan Tunai 90% Caruman Terkumpul, kelayakan adalah 90% daripada jumlah caruman terkumpul.
- Kadar faedah 4% dan 5%
- Pengiraan Kelayakan = Jumlah Caruman x 90% = Kelayakan
Pinjaman IPT
Pinjaman Peribadi IPT Koperasi Kakitangan UiTM Berhad UitmKoop ini disediakan untuk anggota atau tanggungan yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh koperasi
Kelayakan pembiayaan
- Bagi pembiayaan IPT, kelayakan memohon adalah sehingga RM2,500.00.
- Setiap anggota layak memohon sekali bagi seorang anak sahaja.
- Kadar faedah 4% setahun.
Pinjaman Kecemasan
Lembaga boleh meluluskan segera permohonan pinjaman kecemasan Pinjaman Peribadi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad UitmKoop ini kepada anggota-anggota yang memohon dengan syarat bahawa pembiayaan tidak melebihi RM1,000.00 setahun. Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada bukti-bukti yang nyata yang disokong oleh dokumen-dokumen yang sah.