Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (‘KOPERASI IMAN’) telah diperbadankan pada 21hb Julai, 1981 dengan Modal syer sebanyak RM27,244-00 dengan keanggotaan seramai 272 orang. Pada peringkat awal penubuhan, Koperasi Iman menjalankan aktiviti dalam perniagaan ‘trading’ secara kecil-kecilan dan runcitan. Kemudian aktiviti tersebut telah dipertingkatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kemasukan Anggota Lembaga yang berpengalaman dari berbagai latar belakang, yang dinamik serta berdaya maju.
Dalam mempergiatkan aktiviti perniagaannya ke arah yang lebih maju lagi, Koperasi Iman telah memperkenalkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna (As-Syarik) kepada anggota-anggotanya dengan membeli produk yang dijual menerusi jalinan rangkaiannya. Produk pengguna yang dijual oleh adalah seperti barangan elektrik (seperti TV, peti ais, air-cond, dll), komputer, hi-fi, perabut, barangan kesihatan, motorsikal berjenama MODENAS dan lain-lain.Walau bagaimanapun, pembiayaan ini telah ditamatkan pada tahun 2002.
Bermula pada tahun 2005, Koperasi Iman telah mula menawarkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya. Aktiviti daripada skim ini telah memberi sumbangan yang utama kepada pendapatan. Ia juga memainkan peranan bermula daripada pemasaran, pemprosesan, kelulusan, kutipan bayaran balik dan susulan kredit. Pembiayaan ini digunakan untuk menyalurkan pembiayaan peribadi tunai kepada anggota-anggota.