Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) ditubuhkan pada 12 Jun 2000 (No. pendaftaran D-3-0261). Mesyuarat agung permulaan telah dilaksanakan pada 16 Nov 2000 iaitu merupakan Mesyuarat Agung Pertama adalah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh koperasi ditubuhkan. Pada awal penubuhan COOPUSMA di daftar dengan nama Koperasi Kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan dipinda nama kepada Koperasi Warga USM Kelantan Berhad pada tahun 2002.
Pada tahun 2000 hingga 2016, fungsi utama koperasi adalah memberi KEMUDAHAN KREDIT dan telah dipinda kepada fungsi PERKHIDMATAN dalam Mesyuarat Agung Khas pada 29 November 2016. Keanggotaan terbuka kepada semua staf Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan sahaja. Bilangan anggota seramai 3086 orang anggota sehingga 2019.
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) terdiri daripada staf USM yang mempunyai semangat koperasi yang tinggi dan lebih mementingkan kebajikan daripada keuntungan serta berdedikasi dan sangat berpengalaman dalam mentadbir urus. Koperasi Warga USM Kelantan Berhad terus bergerak maju untuk menjadikan COOPUSMA sebagai koperasi yang paling berdaya saing di Malaysia dalam usaha untuk memenuhi kehendak anggota dan para pelanggan Koperasi.
COOPUSMA terdiri daripada 170 orang staf yang di pimpin oleh seorang pegawai eksekutif yang berkaliber.