Biro Angkasa (BPA) ataupun Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad telah didaftarkan pada 12 Mei 1971 di bawah Ordinan Koperatif 33/1948. Ia ditubuhkan hasil daripada cadangan Kongres Kerjasama Kedua yang dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua. ANGKASA telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia. Pada 23 Mei 1996, perisytiharan pengiktirafan ini telah diwartakan.
“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 57(2)(b) Akta 502 Akta 502 Akta Koperasi 1993, Menteri mengisytiharkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad sebagai badan yang mewakili gerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” menurut [KTPK. (S)07/49/1/9: PN. (PU2) 572/III].
Sebagai badan apex gerakan koperasi negara ANGKASA juga turut menganggotai ASEAN Cooperative Organization (ACO) dan International Cooperative Alliance (ICA). Presiden ANGKASA Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah juga telah dilantik sebagai Presiden ACO.
Visi, Misi, Matlamat & Fungsi Biro Angkasa – BPA
Visi adalah menjadi badan apeks pemangkin pembangunan koperasi terunggul di ASEAN menjelang 2020. Misi adalah menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi melalui pengurusan yang professional. Matlamat penubuhan terkandung di dalam Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA (Pindaan 2010). Menurut subseksyen 4(3) Akta, matlamat sebagai badan yang mewakili Gerakan Koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (yakni koperasi apeks) ialah:-
- menyatukan semua koperasi dalam Malaysia;
- mewakili Gerakan Koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- memperjuang, mengawasi dan menjaga kepentingan dan pembangunan koperasi ahli khususnya dan Gerakan Koperasi amnya;
- dan memudahkan operasi koperasi ahli.
Fungsi utama yang terkandung di dalam UUK 11(1) adalah memastikan matlamatnya tercapai dengan memberi perkhidmatan sebagaimana yang diperihalkan dalam Undang-Undang Kecil. Di dalam UUK 11(2), ANGKASA berfungsi untuk memberi nasihat dan bantuan kepada koperasi ahli dalam perjalanan pengurusan perniagaan mereka; menggalakkan kajian penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan Gerakan Koperasi;
Selain itu, fungsi Angkasa adalah menyedia dan memberi perkhidmatan nasihat dan panduan berkenaan dengan hal pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit, undang-undang, keusahawanan, skim perlindungan sosial termasuk zakat dan wakaf, kemudahan BPA dan lain-lain perkhidmatan untuk kepentingan koperasi ahli dan gerakan Koperasi amnya;
Tidak lupa juga fungsi untuk memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi, dan ilmu perniagaan, keusahawanan dan perindustrian dalam bidang yang dinyatakan dalam perenggan (o) fasal (1) undang-undang kecil 12; dan membantu Kerajaan untuk menggalakkan dan mengembangkan Gerakan Koperasi dalam Malaysia selaras dengan Dasar Koperasi Negara dana pa-apa dasar Kerajaan berhubungan dengan koperasi;
Fungsi yang lain adalah mengambil dayausaha dan initiatif bagi menggalakkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan ekonomi Negara; mengadakan atau menerima dan mentadbir kumpulan wang, tabung atau skim khas atau am bagi memajukan Gerakan Koperasi; dan memainkan peranan dan menyelaras, sejauh mana yang munasabah, penjagaan alam sekitar;
Berperanan berkhidmat sebagai pusat tumpuan fikiran mengenai segala perkara yang berkaitan dengan Gerakan Koperasi dan mengemukakan fikiran dan pendapat mengenai Gerakan Koperasi kepada mana-mana pihak yang berkaitan;
- Akan mengumpul segala maklumat berkaitan dengan Gerakan Koperasi; dan mempromosi dan mengembang teknik pengurusan dan perniagaan serta penggunaan alat dan teknologi yang canggih;
- Juga melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan termasuk penubuhan pasukan sukarela di dalam dan luar Malaysia; dan pada amnya membantu dan memudahkan operasi koperasi ahli.
ANGKASA telah menubuhkan Lapan Sektor Pembangunan Perniagaan Koperai bagi merancang, merangka, mengatur dan melaksanakan skop pembangunan ekonomi, sejajar dengan harapan kerajaan melihat Sektor Koperasi menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Hubungi Kami
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603 7806 1977
Faks: +603 7804 2315
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak
Aras Bawah
Lot 433, Seksyen 65, KTLD
Jalan Matang
93400 Kuching, Sarawak
Tel: +6082 536 092 / 511 528
Faks: +6082 536 062
Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
Lot 13, Lorong Grace Square 1
Jalan Pantai Sembulan
88582 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6088 244 543
Faks: +6088 242 542
Cetakan epenyata gaji anm dan laporan