Pembiayaan 90% (4202) Koperasi Kospeta Malaysia Berhad
Skim Pinjaman Peribadi Koperasi Kospeta Malaysia Berhad Personal Loan ini layak dipertimbangkan kepada anggota tertakluk dengan syarat-syarat seperti berikut:-
- Amaun pembiayaan adalah tidak melebihi 90% daripada jumlah modal yuran anggota.
- Anggota tidak mempunyai baki pembiayaan berjamin atau pembiayaan segera.
- Tidak memerlukan penjamin atau cagaran.
- Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 60 bulan.
- Penyata gaji asal dan terkini.
- Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.
- Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 5% setahun.
Pembiayaan Kecemasan (4204) Koperasi Kospeta Malaysia Berhad
Amaun Pinjaman Peribadi Koperasi Kospeta Malaysia Berhad Personal Loan adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi kecuali skim pembiayaan bercagar atau RM5,000.00 tertakluk mana yang kurang.
Anggota layak membuat pembiayaan ini dengan syarat:-
- Sekurang-kurangnya 1 orang penjamin terdiri daripada anggota yang berkelayakan (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan).
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Kospeta dengan menyatakan alasan keperluan pembiayaan.
- Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 36 bulan.
- Bayaran perkhidmatan adalah sebanyak 4.99% setahun.
- Penyata gaji asal dan terkini.
- Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.
- Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pembiayaan ini adalah layak dipertimbangkan untuk permohonan pembiayaan seterusnya.
Pembiayaan Motosikal – Konvensional (4209)
Anggota layak membuat permohonan ini dengan syarat:-
- Membeli motorsikal baru yang diuruskan oleh koperasi
- Had pembiayaan adalah 100% harga sebenar motorsikal termasuk insuran dan cukai jalan tidak melebihi had maksima RM10,000.00
- Amaun pembiayaan adalah dihadkan kepada 30 bulan gaji anggota dicampur dengan jumlah modal yuran berbayar DITOLAK segala tanggungan anggota kepada koperasi tidak termasuk pembiayaan bercagar.
- Penjamin sekurang-kurangnya 3 orang anggota yang berkelayakan. (jumlah tanggungan jaminan oleh penjamin-penjamin samada secara bersekutu atau berasingan meliputi seluruh amaun pembiayaan)
- Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 48 bulan.
- Bayaran perkhidmatan pembiayaan adalah 6% setahun.
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang sediakan oleh koperasi dan pemohon perlu menandatangani semua borang berkaitan termasuk pindahmilik.
- Perakuan pendaftaran motorsikal akan diwasikan tuntutan hakmilik oleh koperasi sehingga peminjam menyelesaikan bayaran balik pembiayaan sepenuhnya.
- Bagi tahun pertama, jumlah pembiayaan adalah dikira berdasarkan harga sebenar motorsikal termasuk harga insuran comprehensive dan cukai jalan.
- Bagi tahun kedua dan seterusnya sehingga pembiayaan selesai, pembaharuan insuran comprehensive dan cukai jalan hendaklah dibuat melalui skim pembiayaan insuran dan cukai jalan yang disediakan oleh koperasi.
- Penyata gaji asal dan terkini.
- Pekerja kontrak kemukakan surat kontrak yang terkini.
Anggota yang telah menyelesaikan keseluruhan pembiayaan motorsikal ini adalah layak untuk dipertimbangkan untuk permohonan pembiayaan seterusnya.