Pinjaman Peribadi Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) adalah pembiayaan peribadi dengan kadar rata (flat rate).
Margin Pembiayaan
Berdasarkan had kelayakan pinjaman peribadi dan tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM 1,000 dan amaun maksimum sebanyak RM 100,000
Tempoh Pembayaran Pinjaman Peribadi
- Amaun RM 1,000 – RM 5,000 : Maksimum 24 bulan (2 tahun)
- Amaun RM 5,001 – RM 100,000 : Maksimum 60 bulan (5 tahun)
Kadar Keuntungan
Kadar rata pinjaman peribadi sebanyak 8% setahun untuk semua yang berkelayakan.
*Kadar ini boleh berubah bergantung kepada terma dan syarat, akan dimaklumkan melalui surat tawaran sekiranya permohonan diluluskan.
Kelayakan Permohonan Pinjaman Peribadi
- Telah menjadi ahli KIMB sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Telah disahkan jawatan dan mempunyai pendapatan tetap.
- Mempunyai seorang penjamin.
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan yang diisi lengkap.
- Borang kebenaran penzahiran maklumat.
- Satu salinan kad pengenalan.
- 3 bulan slip gaji terkini.
- Surat pengesahan jawatan terkini.
- Dan sekurang-kurangnya satu daripada dokumen berikut :
- Penyata KWSP terkini ; atau
- Penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC) ; atau
- Penyata bank terkini selama 3 bulan (pengkreditan gaji)
- Sebarang dokumen sokongan jika perlu.
Kaedah Pembayaran
Terdapat 2 kaedah pembayaran pembayaran pinjaman peribadi Koperasi Islah Malaysia Berhad seperti berikut:-
- Potongan Gaji.
- Arahan tetap daripada bank lain.
Manfaat Memohon Pinjaman Peribadi Dengan Kami
- Tanpa caj terselindung
- Harga jualan – tetap dan diketahui.
- Kadar pembiayaan yang kompetitif.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.