Apabila anda mengalami kekurangan wang, terlintas difikiran kita untuk membuat pinjaman peribadi. Ini kerana kita tidak mahu dari mana sumber untuk kita mendapatkan wang. Cara membuat pinjaman peribadi adalah cara yang sangat mudah kerana terdapat banyak bank dan koperasi yang menawarkan pembiayaan peribadi.
Terdapat juga koperasi yang memberi pinjaman kecemasan kepada anggotanya yang menghadapi kesempitan wang untuk membeli meneruskan kehidupan. Pembiayaan tersebut dikenali dengan banyak nama iaitu pembiayaan persekolahan, pembiayaan kecemasan, bantuan tunai hari raya dan lain-lain.
Anda harus sedar satu perkara iaitu jika anda memohon pinjaman kecemasan, anda sebenarnya berada pada satu peringkat terakhir untuk memohon pinjaman peribadi. Jika anda tidak layak membuat pinjaman kecemasan, anda mungkin terjerumus untuk meminjam dengan Ah Long (loan shark).
Bagaimana Caranya Mengurus Hutang yang Banyak?
Dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3, cara terakhir untuk anda mengurus hutang anda yang banyak adalah dengan menghubungi agensi pengurusan hutang yang ditubuhkan oleh kerajaan. Di Malaysia, agensi tersebut dikenali sebagai AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). Anda boleh menghubungi AKPK bagi menstrukturkan semua pinjaman anda dengan bank atau institusi kewangan. Sila hubungi AKPK ditalian 03-26167766.
Begitulah berakhirnya Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 3. Diharapkan anda mendapat manfaat dari perkongsian info ini.