Langkah ke-4 dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 adalah dengan Rancang Perbelanjaan anda. Sukar untuk merancang kerana banyak perkara diluar jangkaan akan berlaku setiap hari. Antara kebaikan Pengurusan Kewangan Bijak Rancang Perbelanjaan adalah seperti berikut:
- Ada dapat menyenaraikan keperluan mendesak, keperluan penting dengan lebih yakin.
- Anda dapat mengharungi hari-hari anda tanpa memikirkan tekanan wang.
- Anda tidak terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.
Sebagai contoh, anda boleh membuat potongan RM50 setiap bulan dari jumlah perbelanjaan bulanan anda untuk digunakan pada Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan. Anda boleh sahaja tidak keluar rumah pada minggu ketiga pada hujung minggu dan nikmati hujung minggu anda dengan menonton televisyen.
Dalam Pengurusan Kewangan Bijak dan Cermat Siri 2 ini, anda boleh rancang perbelanjaan dalam pelbagai bentuk seperti berikut:
- Rancang perbelanjaan harian
- Rancang perbelanjaan bulanan
- Rancang perbelanjaan tahunan
Rancang Perbelanjaan Harian
Tidak susah untuk Rancang Perbelanjaan Harian anda. Sebagai contoh, anda boleh membawa RM20 untuk ke pejabat dimana duit itulah digunakan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Secara otomatik jika anda setkan dalam minda hanya boleh belanja max RM20 setiap hari, anda akan menjadi orang berdisiplin dan hasilnya adalah anda tidak akan merungut duit tiada pada hujung bulan.
Rancang Perbelanjaan Bulanan
Anda tidak boleh mengamalkan cara yang kebanyakannya dilakukan orang lain seperti makan beramai-ramai bersama keluarga apabila hari gaji tiba. Ini kerana keadaan begini jika anda ikuti dikhuatiri akan membawa risiko yang tidak baik jika ada perkara kecemasan untuk pakai duit pada bulan itu.
Sebaik-baiknya jika anda merancang untuk makan-makan dengan keluarga, duit yang sepatutnya digunakan pada awal bulan boleh disimpan dan digunakan pada hujung bulan atau pada hari gaji seterusnya masuk. Ini sekaligus menjadikan anda seorang yang sabar dalam melakukan satu-satu tindakan walaupun melakukan perkara baik yang tidak bertentangan dengan ajaran agama.
Rancang Perbelanjaan Tahunan
Jika anda sudah boleh membiasakan diri dengan merancang perbelanjaan harian dan bulanan, kini anda telah beralih ke fasa seterusnya iaitu rancang perbelanjaan tahunan
Sebagai contoh, jika anda ingin membeli kereta baru, anda harus membayar premiun insurans yang mahal pada tahun berikutnya. Kos penyelenggaran juga mahal kerana anda perlu ke pusat servis kereta yang berdaftar. Jadi rancang perbelanjaan tahunan dengan baik iaitu jika hutang ansuran komputer riba atau hutang pinjaman peribadi telah tamat, barulah anda menggunakan lebihan installment bulanan tersebut untuk membeli keperluan lain seperti membeli kereta baru dan tidak perlu risau untuk membayar premium insurans kereta yang mahal.