OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT PEMBIAYAAN
Unit Pembiayaan bertanggungjawab menguruskan semua pembiayaan (kewangan, barangan & perkhidmatan) khususnya untuk Anggota Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM sahaja.
Kami sedia membantu Anggota untuk mendapat pembiayaan yang patuh syariah dan tidak menindas serta mengelakkan Anggota Koperasi supaya tidak terjebak dengan aktiviti pembiayaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Ah Long.
Kaedah pembayaran balik pembiayaan menggunakan potongan gaji majikan (UKM).
Segeralah menjadi Anggota koperasi untuk membolehkan anda layak memohon kemudahan pembiayaan yang kami sediakan.
Produk dan Perkhidmatan Unit Pembiayaan
Berikut adalah jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh seperti berikut dan sila hubungi nombor telefon pejabat seperti yang tertera untuk sebarang pertanyaan mengenai pembiayaan peribadi anda:
- Pinjaman Peribadi Bai Al Inah – sehingga RM150 ribu
- Pinjaman Peribadi – Pembiayaan Ekspress – sehingga RM20 ribu
- Pinjaman Peribadi – Pembiayaan Ekspress Warga Emas – sehingga RM10 ribu
- Pinjaman Peribadi – Pembiayaan Hari Raya – RM5 ribu
- Pinjaman Peribadi Persekolahan – RM5 ribu
- Pinjaman Peribadi Barangan & Perkhidmatan
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PINJAMAN PERIBADI DI ATAS
- Untuk Anggota Koperasi UNIKEB Berhad Sahaja
- Seorang Penjamin Dikalangan Anggota Koperasi UNIKEB Berhad
- Tanpa Penjamin (tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Untuk sebarang info dan pertanyaan lanjut berkaitan cara memohon pembiayaan peribadi, mendapatkan surat full settlement (surat penyata penyelesaian awal), mendapatkan baki semasa, menambah atau reloan pinjaman sediaada, untuk overlap dan lain-lain, sila hubungi pegawai kami seperti berikut:
Unit Pembiayaan
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi
Selangor
Nombor Telefon : 03-8921 4031
Waktu Pejabat
8.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
8.30pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup