Dalam pengiraan nett amount (pemohon dapat tunai bersih ditangan), biasanya koperasi akan mengenakan sinking funds dan caj-caj lain sebelum release amount bersih kepada pemohon. Caj-caj lain adalah seperti monthly advance payment, Angkasa caj, yuran bulanan RM30 yang perlu dibayar sekaligus (lump-sum) untuk 2 tahun dan insurans takaful. Insurans Takaful adalah penting kerana jika berlaku sebarang masalah dikemudian hari seperti berlaku kematian maka ansuran bulanan dan baki pinjaman tidak akan dikenakan kepada waris.
Secara otomatik sekiranya anda sudah memohon pembiayaan koperasi, anda akan menjadi ahli koperasi tersebut. Berhubunglah dengan mereka untuk apa-apa maklumat seperti pembatalan yuran, mengira yuran sebagai simpanan pemulangan simpanan dari fi saham.
Biasanya advance payment akan dikenakan kerana pemotongan oleh pihak Biro Angkasa agak lambat iaitu selepas 2 bulan dari tarikh lulus. Jadi pihak koperasi akan mengambil advance payment untuk 2 bulan bagi menampung ansuran bulanan yang belum dipotong lagi oleh Angkasa.
Biasanya advance payment tidak akan dikembalikan dalam bentuk rebat kepada pemohon dan akan memberikan relfleks kepada tempoh pembiayaan.