Pejabat Kopesadik
Pejabat Kopesadik mula beroperasi pada tahun 1972 sehingga kini. Ia merupakan ibu pejabat rasmi Warga Kopesadik menjalankan operasi harian dan Anggota yang mahu berurusan dengan pihak Pegawai Koperasi. Waktu Operasi dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat sahaja. Tidak dibenarkan berurusan pada hari sabtu, ahad dan cuti umum.
Sri Impian Kondominium, Brickfields, Kuala Lumpur
Koperasi memiliki 2 unit aset rumah di Sri Impian Kondominium, Brickfields. Kondominium ini berkeluasan 1,500 persegi, 4 bilik dan 2 bilik air. Kondomnium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, trek jogging, dewan squash dan gimnasium. Ia juga terletak berdekatan dengan KL Sentral, Kuil, Sekolah, The Little India, Gereja, Mid Valley Megamall dan Stesen LRT Bangsar. Terdapat banyak kemudahan awam seperti LRT, MRT, ETS, Bas Rapid KL , KL Monorail, Kedai Serbaneka, Restoran dan juga Dobi.
Danau Murni Kondominium, Kuala Lumpur
Koperasi memiliki 3 unit aset rumah di Danau Murni Kondominium. Kondominium ini berkeluasan 714 persegi, 3 bilik dan 2 bilik air. Kondominium ini disertai dengan fasiliti kolam renang, taman permainan dan gimnasium. Ia juga terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti KTM dan Bas Rapid KL
Bangunan Bangsar Utama, Kuala Lumpur
Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan Bangsar Utama. Bangunan Bangsar Utama ini terletak berdekatan dengan Etika, Dataran Maybank, The Little India, Brickfields, KL Sentral, KTM Komuter Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall, Angkasapuri dan Bangsar South. Kemudahan awam juga mudah didapati di sini seperti LRT, KTM, KLIA EXPRESS, KL Monorail, Rapid KL Bus dan Shuttle Bus.
Bangunan MITC, Melaka
Kopesadik memiliki 4 unit aset di salah satu Bangunan di MITC Melaka. Keluasan bangunan ini ialah 148 persegi. Bangunan MITC Melaka ini terletak berdekatan dengan MITC Melaka, Restoran, Taska, kedai haiwan peliharaan, kedai percetakan, spa dan banyak lagi. Kawasan ini merupakan tumpuan penduduk Ayer Keroh, Melaka.