Pinjaman Peribadi Koperasi Wawasan Pekerja-pekerja Berhad KOWAJA dikenali ramai sebagai Pembiayaan Paling Efisien. Ya itulah tagline yang kita sering dengar dari para agen berdaftar yang sah dan juga part-time loan agent yang submits kes permohonan kepada kawan yang sudah mendaftar. Semuanya mengatakan bahawa pembiayaan koperasi kowaja ini tersangat mudah untuk approve. Betulkah statement tersebut?
Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini, jika dapat disoroti lebih kurang 12 tahun yang lepas iaitu sekitar tahun 2008 atau mungkin lebih awal lagi daripada itu, Pinjaman Peribadi Koperasi Wawasan Pekerja-pekerja Berhad Kowaja adalah satu-satunya koperasi yang paling mudah untuk approve terutama kepada pemohon yang sudah mempunyai akaun loan dengan kowaja.
Kebiasaannya, agen atau wakil jualan koperasi akan menelefon pemohon yang layak dan sudah mempunyai akaun dengan Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad untuk menambah loan. Istilah yang digunakai adalah ‘tambah loan’ dan conversation kepada pemohon pada masa itu adalah ‘tuan/puan nak tambah loan ke sebab tuan/puan masih layak lagi. Kalau nak tambah 10k atau 20k boleh buat. Esok akan dapat duit….’
Begitulah antara komunikasi melalui panggilan telefon kepada customer untuk lock/close sale. Pelanggan hanya perlu mengatakan ‘Ya saya setuju…’ dan pelanggan akan dapat duit loan pada hari berikutnya. Begitulah cepatnya proses permohonan Pinjaman Peribadi Koperasi Wawasan Pekerja-pekerja Berhad ini. Tidak memerlukan dokumen tambahan atau dokumen baru, apa yang perlu hanya dapatkan cop pengesahan payslip terkini sahaja. Pada masa itu juga, Pinjaman Peribadi Koperasi Wawasan Pekerja-pekerja Berhad adalah salah satu koperasi yang boleh membuka akaun kedua atau beberapa akaun dengan satu koperasi tanpa perlu overlap loan sediada.
Berdasarkan pengalaman, ada diantara agen koperasi yang sanggup balik hari untuk bertemu pelanggan di Negeri Kelantan walaupun agen tersebut tinggal di Kuala Lumpur. Jarak perjalanan tidak perlu dihitung demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Dan hasilnya tidak disangka-sangka. Rezeki melimpah ruah. Dengan close satu sales sahaja sudah cukup untuk menampung keperluan dan komitmen.