Pinjaman Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI adalah merupakan berita baik untuk semua warga Negeri Perak. Sebagai salah sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju di Bandaraya Ipoh ini dengan sukacitanya memaklumkan Skim Pembiayaan Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd kini dibuka kepada semua.
Kami memahami keperluan anggota KOPUBI yang mungkin memerlukan modal pusingan tambahan untuk memajukan perniagaan masing-masing atau mungkin adakalanya anggota memerlukan wang tambahan untuk tujuan kecemasan dan sebagainya.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad menyediakan pembiayaan peribadi mudah tanpa bukti pendapatan sehingga RM5,000 dan kelulusan pembiayaan peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan di bawah ini serta tertakluk kepada KELULUSAN Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.
Syarat-syarat Permohonan Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI
Syarat-syarat permohonan Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI adalah seperti berikut:-
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan ;
- Telah membayar Modal Syer sekurang sekurang-kurangnya RM 150.00 berserta fi masuk sebanyak RM150.00 ;
- Berkemampuan bermaksud potongan bayaran balik ansuran bulanan tidak melebihi 60% pendapatan bulanan ;
- Had maksima pembiayaan peribadi adalah tertakluk kepada 10x nilai saham dan jumlah maksima pembiayaan peribadi ini adalah terhad kepada RM5,000 sahaja.
- Mempunyai seorang Penjamin yang terdiri daripada kalangan anggota Koperasi ;
- Melengkapkan permohonan melalui sistem iKoop serta membekalkan maklumat serta dokumen yang diperlukan.
*Nota : Pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pemohon.
Syarat-syarat Penjamin Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI
Syarat-syarat Penjamin Pinjaman Peribadi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad KOPUBI:-
- Telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan.
- Penjamin tidak dibenarkan menjamin lebih daripada 3 orang anggota di dalam satu masa.
- Anggota Lembaga tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh di dalam jawatan sebagai Anggota Lembaga.
- Penjamin bukan dari kalangan ahli keluarga anggota yang meminjam dan bukan pasangan kepada anggota tersebut.
- Penjamin hanya bertindak sebagai pengutip hutang pinjaman dan BUKAN bertindak sebagai pembayar hutang (jika peminjam gagal membayar bayaran pinjaman yang sepatutnya).
- Demi menjaga kepentingan anggota-anggota Koperasi dan keupayaan kawalan modal yang positif maka pihak koperasi menetapkan syarat pembiayaan peribadi sebanyak RM2,000 ke atas memerlukan seorang penjamin dari kalangan anggota KOPUBI Perak Bhd.