Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP telah didaftarkan pada 16 Januari 2004 di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993.
Tujuan penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KOUNIMAP adalah untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang dapat memberikan manfaat khususnya kepada semua anggota atau kakitangan UniMAP.
Sejarah Penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP
Sejarah awal penubuhan Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP ini telah bermula melalui cetusan idea warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kini Koperasi UniMAP Perlis Berhad lebih dikenali ramai dengan nama singkatannya KoUNIMAP seperti di atas.
Pada mulanya, Koperasi UniMAP Perlis Berhad KoUNIMAP didaftarkan sebagai koperasi kredit. Sejajar dengan tujuan tersebut, kami telah melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi dengan menerokai pelbagai peluang-peluang perniagaan lain.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menjana hasil ekonomi kepada ahlinya melalui kerjasama strategik bersama UniMAP dan juga beberapa syarikat yang lain. Sehingga kini, ahli koperasi telah mencecah sehingga 500 orang ahli.
Justeru, Koperasi UniMAP Perlis Berhad telah ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 6 orang ahli lembaga koperasi dan juga kakitangan koperasi.