Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia Koperasi UKM

Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi, Ar-Rahnu serta produk dagangan. Dapatkan info disini!

Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia - Koperasi UKM Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM
  • Abbreviation / Code Name: Koperasi Unikeb
  • Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM
  • Apakah perkhidmatan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia - Koperasi UKM?

    Terdapat beberapa produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Koperasi Unikeb Berhad seperti unit pembiayaan peribadi, unit hartanah, unit Ar-Rahnu, unit dagangan dan pemasaran serta Steseen Minyak.

About Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia - Koperasi UKM

KOPERASI UNIKEB BERHAD ditubuhkan pada 14 September 1973 bertujuan untuk memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan meningkatkan sosioekonomi serta kebajikan Anggota dan masyarakat setempat.

Keanggotaan Koperasi terbuka hanya untuk pekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Subsidiarinya, pekerja di Koperasi UNIKEB Berhad dan pasangan kepada Anggota sahaja.

Menjalankan beberapa aktiviti perniagaan utama yang terdiri daripada; Pembiayaan (Personal Loan), Peruncitan (Umart), Hartanah, Ar-Rahnu & Kedai Emas, Stesen Minyak Petronas, Dagang & Pemasaran. Beriltizam untuk menjadi sebuah koperasi model dengan ke lestarian dan kemampanan yang dapat dibanggakan agama, bangsa dan negara.

Unit Hartanah

Perkhidmatan Sewaan Ruang, Lot Kedai, Rumah Kedai & Bilik Seminar

OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

Unit Hartanah Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM bertanggungjawab menguruskan semua aset bangunan milik Koperaasi yang boleh disewakan kepada orang ramai.

Antara aset bangunan dibawah pengurusan Unit Hartanah termasuklah, Wisma UNIKEB, Rumah Kedai, Lot Kedai, Rumah Pangsa dan Bilik Seminar.

Selain daripada itu, Unit Hartanah Koperasi UNIKEB Berhad juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan lalulintas di Wisma UNIKEB agar berjalan lancar dan selamat kepada para pengunjung dan orang ramai.

PERKHIDMATAN UNIT HARTANAH

Perkhidmatan Sewaan Ruang Niaga mengikut lokasi;

  • Wisma UNIKEB (Ruang Legar, Lot Kedai di tingkat bawah dan 1 dan Kiosk)
  • Bangi Gateway (Bangi Street & Bilik Seminar)
  • Seksyen 3, Bandar Baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 4, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah kedai)
  • Seksyen 7, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
  • Seksyen 1, Bandar baru Bangi (rumah pangsa)
  • Seksyen 18, Ipoh (rumah kedai)
  • Southville City, Bangi (lot kedai – sedang dalam proses pembelian)

Hubungi Kami Sekarang di 03-8925 2540 ext 105

Unit Ar-Rahnu

Perkhidmatan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM yang ditawarkan adalah Skim Pajak Gadai Islam. Dapatknn perkhidmatan ini sekarang.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN AR-RAHNU

Menyedikan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera serta menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

KONSEP SYARIAH PERKHIDMATAN AR-RAHNU

Wadiah yad DhamanahSimpanan dengan jaminan keselamatan
UjrahUpah simpan barang gadaian

HAD PEMBIAYAAN AR-RAHNU

  • Pembiayaan Tunai yang diberikan adalah 70% atas nilai marhun.
  • Pembiayaan maksimun sehingga RM150,000 bagi setiap pelanggan.

SIAPA YANG LAYAK MENGGADAI

  1. Terbuka Kepada Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun ke atas
  3. Boleh Menggadai Barang Kemas sahaja (meliputi gred emas yang ditetapkan)

KELEBIHAN PERKHIDMATAN AR-RAHNU

Berikut adalah kelebihan perkhidmatan Ar-Rahnu yang dikendalikan oleh koperasi seperti berikut:

  1. Mematuhi Garis Panduan Syariah
  2. Bebas Daripada Unsur Riba
  3. Kadar Upah Simpan Yang Rendah
  4. Tiada Semakan CCRIS & CTOS
  5. Pembiayaan Dilindungi Oleh Skim Takaful
  6. Proses Pembiayaan Tunai Yang Cepat & Mudah
  7. Pembiayaan maksimum RM150k setiap penggadai

Unit Kedai Emas Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM

Menjual Barangan Kemas 916 Secara Tunai & Secara Potongan Gaji (Untuk Anggota Sahaja)

PERKHIDMATAN DI KEDAI EMAS

  1. Menjual barang kemas 916
  2. Membeli barang kemas terpakai
  3. Membaiki emas putus, patah dan rosak
  4. Menilai gred emas
  5. Mencuci emas dan perak
  6. Menjual barang kemas secara potongan gaji

Hubungi Kami Sekarang

03-8922 2619 / 03-8741 3936 Kajang

CARI KAMI DI SINI

Ar-Rahnu & Kedai Emas- Wisma
Aras 2, Wisma UNIKEB
43600 UKM Bangi, Selangor
NomborTelefon : 03-8722 2619

Waktu Perniagaan

9.00pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.00pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – Tutup

Ar-Rahnu & Kedai Emas – Kajang

C-35-GA Jalan 2/F, Prima Saujana
43000 Kajang, Selangor
Nombor Tel : 03-8741 3936

Waktu Perniagaan

9.30pagi – 5.00ptg | Isnin-Khamis
9.30pagi – 12.30tgh | Jumaat
2.45ptg – 5.00ptg | Jumaat
9.30pagi – 2.00ptg | Sabtu
Ahad & Cuti Umum – Tutup

Unit Dagang & Pemasaran

Pemasaran semua produk & Perkhidmatan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM

UNIT DAGANG & PEMASARAN

Secara umumnya, Unit Dagang & Pemasaraan merupakan unit yang ditubuhkan untuk membantu memasarkan semua produk yang ada dalam aktiviti perniagaan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM.

Dalam masa yang sama, unit ini akan menyertai tender dan sebutharga yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan dan swasta mengikut kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia yang didaftarkan atas nama Koperasi UNIKEB Berhad.

Antara produk yang dikendalikan terus oleh Unit Dagang & Pemasaran ialah Kasut Kesihatan. Unit ini telah berjaya membawa Kasut Kesihatan jenama FootLink terpilih beberapa kali di dalam Tender Pakaian Seragam di Pusat Perubatan

PRODUK & PERKHIDMATAN UNIT DAGANG & PEMASARAN

  1. Umart Wisma (kedai serbaneka menjual barangan harian seperti makanan dan minuman berpaket)
  2. Air Mineral & Air Minuman jenama SEGAR
  3. Kasut Kesihatan jenama Footlink
  4. Perkhidmatan Kaunter Tiket Air Asia dan Bas Transnasional
  5. Perkhidmatan Pembaharuan Insuran Kenderaan & Cukai Jalan
  6. Insuran Peribadi (PA Permata, PA Kembara, Insuran Pemilik Rumah dan Isi Rumah)
  7. Pakej Pelancongan dan Umrah
  8. Kaunter pembayaran bil utiliti

Hubungi Kami Sekarang di talian 03-8921 4022/ 4026/ 4037

Stesyen Minyak Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia - Koperasi UKM

Perkhidmatan Membekal Minyak

UNIT STESYEN MINYAK UNIKEB

Tahun 1983 PETRONAS telah memulakan operasi stesyen minyak dan pada kesempatan turut mencebur diri dalam perniagaan Steseen Minyak.

Sebuah steseen minyak Petronas di bawah pengurusan Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia – Koperasi UKM telah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Lokasi stesyen di Jalan 1/1 telah disiapkan pada bulan Mac 1984 dan Stesyen Minyak kedua dibina di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang beroperasi pada tahun 2001.

PERKHIDMATAN STESYEN MINYAK UNIKEB KEPADA ANGGOTA

SKIM KREDIT MINYAK & SYARAT KELAYAKAN

  1. Skim potongan gaji melalui Bendahari UKM tanpa di kenakan caj perkhidmatan
  2. Sekurangnya memiliki Model Syer terkumpul RM 1,000.00.
  3. Had kredit dan kelayakan bergantung kepada pendapatan anggota.
  4. Potongan gaji akan di lakukan pada bulan seterusnya jika diluluskan.

Borang permohonan dan sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui unit kredit 03-8921 4031.

Diskaun setiap pembelian Minyak Pelincir 10%

Setiap anggota layak menerima rebat 10% setiap pembelian minyak pelincir dengan mengemukakan kad anggota

Hubungi Kami Sekarang

Talian Telefon:03-89269921

Talian Telefon 03-8912 7866

https://unikeb.com

Hashtag / Keywords

 #koperasi #KoperasiServices #Unikeb 

Info Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb?

Contact Koperasi Unikeb Berhad Universiti Kebangsaan Malaysia - Koperasi UKM

error: Content is protected !!