Spesifikasi Pembiayaan Ekspres Pinjaman Peribadi Koperasi Tentera
- Jumlah Pembiayaan : Dari RM600 hingga maksimum RM20,000
- Tempoh Pembiayaan : Dari 6 bulan hingga maksimum 96 bulan
- Kadar Keuntungan : 3.65% setahun
- Tempoh Pemprosesan : 1 hari bekerja
Kelayakan
Tempoh perkhidmatan pemohon mesti melebihi tempoh pembiayaan atau tempoh pembayaran balik.
Syarat
- Bayaran balik akan termasuk caj tambahan sebanyak 0.85% setahun yang dikenakan ke atas pembiayaan yang diluluskan untuk menggantikan penjamin (konsep Al Kafalah).
- Pemohon mesti telah membayar yuran bulanan untuk tempoh minimum 6 bulan (untuk ahli baharu) atau 12 bulan (untuk kemasukan semula). Keahlian mesti telah disahkan untuk tempoh yang sama.
Caj perkhidmatan
- Pembiayaan baharu : RM10
- Pembiayaan bertindih : RM20Duti setem : RM5 setiap seribu ringgit atau sebahagian daripadanya.
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat
Nota: Untuk maklumat lanjut layari cawangan Koperasi Tentera berhampiran atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KT di talian 1-300-8000-58.