Bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi anggota, KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD KoopTK telah didaftarkan sebagai sebuah Koperasi dengan rasminya pada Ogos 2009. Koperasi ini pada awal penubuhannya mempunyai 50 ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah dan diketuai oleh Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah binti Md Yunin.
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD KoopTK percaya kepada nilai etika kejujuran, keterbukaan, tanggungjawab sosial dan mengambil berat kepada orang lain dan masyarakat. Koperasi bertujuan untuk menyediakan dan membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan kekayaan dan ekonomi peribadi mereka.
Koperasi Tanjong Keramat juga dimiliki oleh ahli-ahlinya, di mana keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengurusan dan aktiviti harian dilaksanakan oleh Lembaga Pengarahnya yang terdiri daripada 9 orang ahli, yang dipilih oleh anggotanya semasa Mesyuarat Agung Tahunan, yang diadakan setiap tahun. Seperti semua koperasi berdaftar yang lain,
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD KoopTK dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia. Koperasi ini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan setiap tahun dikehendaki menyerahkan akaun yang telah di audit kepada SKM untuk penelitian mereka. Semua minit mesyuarat Lembaga juga dikemukakan kepada SKM untuk maklumat mereka.
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD KoopTK adalah koperasi ke-3 terbesar di Sabah dengan ahli-ahli terkumpul 25,233 dari seluruh Malaysia.
Anak Syarikat Koperasi
Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah anak syarikat (subsidiary) Koperasi ini dan telah berdaftar dengan Surhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nombor pendaftaran Keramat Kinabalu Travel & Tours adalah 1090023X dengan tarikh pendaftaran 21 April 2014. Keramat Kinabalu Travel & Tours juga telah memperolehi lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), syarikat ini telah diberi kebenaran oleh Koperasi Tanjong Keramat Kinabalu Bhd untuk ditempatkan di pejabat beralamat:
Lot 13-G, Block C, Royal Plaza Putatan,
Jalan Putatan, KM 11.2 Putatan,
88200 Putatan, Sabah