Koperasi Shamelin Berhad KSB

Get pinjaman peribadi Koperasi Shamelin Berhad, Tabung Skim Khairat Kematian, Tabung Pendidikan and Kebajikan now. High annual dividend. One of best cooperative in Malaysia. Click for more info. We provide complete information about all cooperatives in Malaysia.

Koperasi Shamelin Berhad KSB Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Shamelin Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KSB 
  • Koperasi Promotion Name: Personal Finacing promotion for Koperasi KSB
  • Apakah perkhidmatan yang dijalankan oleh Koperasi Shamelin Berhad KSB?

    Perkhidmatan yang dijalankan oleh Koperasi Shamelin Berhad KSB adalah seperti pinjaman peribadi kepada anggota, tabung kebajikan, tabung pendidikan dan tabung khairat kematian. Dapatkan keterangan lanjut mengenai pinjaman peribadi yang ditawarkan ini.

Mengenai Koperasi Shamelin Berhad

Koperasi Shamelin Berhad (KSB) adalah sebuah koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 13 April 1971 dengan tujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Sehingga Disember 2012, KSB telah mempunyai anggota seramai 22,424 orang dengan syer terkumpul sebanyak RM9,835,153.55.

Sejak ditubuhkan KSB telah melalui beberapa pengelaman pahit getir dalam cubaan untuk mencari dan memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhan.

Antara beberapa cubaan perniagaan yang ceburi yang paling menonjol pada tahun-tahun 70an ialah usaha untuk mengadakan rangkaian kedai runcit diseluruh negara, tetapi kurang berjaya.

Pada awal tahun 80an, KSB berjaya memperolehi sebidang tanah seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur untuk dimajukan sebagai sebuah taman yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan, yang dikenali sebagai Taman Shamelin Perkasa. Kejayaan memperolehi tanah ini telah memberi peluang kepada KSB untuk melonjak jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi negara ketika itu.

Pada peringkat awalnya KSB berjaya mengendalikan perniagaan memajukan hartanah ini dengan baik, namun pada pertengahan tahun 80an, ianya mula menghadapi masalah dan seterusnya projek pembangunan ini terbengkalai.

Ekoran daripada ini lain-lain perniagaan yang diceburinya turut menghadapi masalah dan KSB diambang muflis.

Tabung-tabung

Tabung Kebajikan

Tujuan Tabung Kebajikan Koperasi Shamelin Berhad ini ialah untuk memberi sumbangan kepada anggota-anggota yang ditimpa musibah atau penyakit kronik bagi meringankan bebanan yang ditanggung dan bukannya ganti rugi ke atas kehilangan harta benda atau penyakit yang dialami dan sebagainya serta sumbangan ikhlas sebagai program amal jariah Koperasi.

Tabung Pendidikan

Tujuan Tabung Pendidikan ini ialah untuk memberi hadiah dan sumbangan kepada anggota-anggota atau anak-anak anggota yang layak.

Hadiah cemerlang akademik dalam peperiksaan :

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (“PT3”);
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Menengah Agama (SMA)
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan
  • Matrikulasi; dan
  • Program Asasi

Tabung Khairat Kematian

Tujuan Skim ini ialah untuk memberi perlindungan dengan memberi manfaat kepada anggota atau waris anggota apabila berlakunya kematian ke atas anggota atau waris anggota itu sendiri.

Keanggotaan

Kelebihan Keanggotaan

Selain dari pinjaman peribadi yang ditawarkan, di antara kelebihan Keanggotaan Koperasi Shamelin Berhad akan diteliti dan ditingkatkan dari masa ke semasa mengikut keperluan anggota dan kemampuan KSB. Anggota KSB, akan menikmati kemudahan seperti :

  • Menikmati keuntungan tahunan berbentuk dividen.
  • Berpeluang menyertai Pakej Pengurusan Kewangan Keluarga secara berkelompok.
  • Kemudahan pembiayaan/ pinjaman jangka pendek/ panjang secara Islam.
  • Faedah daripada tabung-tabung kebajikan:
    • Tabung Skim Khairat Kematian Takaful Keluarga Berkelompok.
    • Tabung Pendidikan dan Kebajikan.

https://shamelin.com

Hashtag / Keywords

 #koperasi #KoperasiServices #KSB 

English Version

Contact Koperasi Shamelin Berhad KSB

error: Content is protected !!