Koperasi Shamelin Berhad KSB

Koperasi Shamelin Berhad KSB koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 13 April 1971 menawarkan pinjaman peribadi, insurans takaful dan penginapan Airbnb.

Koperasi Shamelin Berhad KSB
Koperasi Shamelin Berhad KSB

Koperasi Shamelin Berhad KSB Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Shamelin Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KSB 
  • Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Shamelin Berhad KSB
  • Apakah Perniagaan Koperasi Shamelin Berhad KSB?

    Perniagaan yang dijalankan Koperasi Shamelin Berhad KSB adalah seperti memberi khidmat insurans takaful ikhlas kepada harta dan kenderaan. Juga terdapat rumah penginapan Airbnb yang dinamakan Shamelin Star.

About Koperasi Shamelin Berhad KSB

Koperasi Shamelin Berhad KSB, atau lebih dikenali sebagai SHAMELIN, adalah sebuah koperasi berdaftar yang ditubuhkan pada 13 April 1971 dengan tujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Sehingga Disember 2012, Koperasi SHAMELIN Berhad KSB telah mempunyai anggota seramai 22,424 orang dengan syer terkumpul sebanyak RM9,835,153.55.

Sejak ditubuhkan Koperasi Shamelin Berhad KSB telah melalui beberapa pengelaman pahit getir dalam cubaan untuk mencari dan memantapkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merealisasikan tujuan penubuhan.

Antara beberapa cubaan perniagaan yang ceburi yang paling menonjol pada tahun-tahun 70an ialah usaha untuk mengadakan rangkaian kedai runcit diseluruh negara, tetapi kurang berjaya.

Pada awal tahun 80an, Koperasi SHAMELIN Berhad KSB berjaya memperolehi sebidang tanah seluas 135 ekar di Cheras, Kuala Lumpur untuk dimajukan sebagai sebuah taman yang mengandungi bangunan-bangunan kediaman, perdagangan dan perkilangan, yang dikenali sebagai Taman Shamelin Perkasa. Kejayaan memperolehi tanah ini telah memberi peluang kepada SHAMELIN untuk melonjak jauh di dalam arus perdana kegiatan ekonomi negara ketika itu.

Pada peringkat awalnya Koperasi SHAMELIN Berhad berjaya mengendalikan perniagaan memajukan hartanah ini dengan baik, namun pada pertengahan tahun 80an, ianya mula menghadapi masalah dan seterusnya projek pembangunan ini terbengkalai.

Ekoran daripada ini lain-lain perniagaan yang diceburinya turut menghadapi masalah dan Koperasi SHAMELIN Berhad diambang muflis.

Perniagaan Koperasi

Perkhidmatan Insurans Takaful (Takaful Ikhlas)

IKHLAS MOTOR

Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga.

IKHLAS FIRE

Menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta yang berpunca daripada kebakaran dan kilat.

IKHLAS HOUSEOWNER

Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.

IKHLAS P.A.

Takaful IKHLAS menawarkan kedua-dua Pelan Perlindungan Kemalangan Individu dan Kemalangan Diri Berkumpulan.

IKHLAS BURGLARY

Memberi perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan harta-benda yang dilindungi akibat pecah masuk ketika berada dalam premis perniagaan atau perdagangan. Perlu terdapat tanda-tanda nyata menunjukkan kemasukan secara kekerasan di luar premis.

IKHLAS EMPOYERS LIABILITY

Untuk melindungi/menggantirugi peserta (majikan) bila dikehendaki untuk membayar kepada kerosakan. Untuk membayar kos – kos pembelaan perundangan yang dikenakan semasa tuntutan-tuntutan pembelaan.

IKHLAS MOTORIST P.A.

Anda boleh memandu dengan penuh ketenangan, mengetahui diri dan penumpang anda dilindungi jika kemalangan berlaku.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pihak Koperasi Shamelin Berhad di talian 03 – 9285 2155 atau emel 03-92852155

Perkhidmatan Rumah Penginapan Airbnb Shamelin Star

Koperasi Shamelin Berhad(“KSB”) kini mengusahakan perniagaan rumah penginapan di bawah jenama Airbnb bagi tiga(3) unit kondominium di Shamelin Star.

Shamelin Star terletak dilokasi yang amat strategik untuk akses kepada kemudahan awam seperti kemudahan LRT, pasar raya, taman awam dan pusat membeli belah.Ketiga-tiga unit Airbnb KSB ini mempunyai keluasan 979 kaki persegi sehingga 1164 kaki persegi.

Antara kemudahan yang terdapat di Shamelin Star ialah gimnasium, kolam renang, tempat barbeque, taman permainan kanak-kanak,bilik permainan, sauna, bilik karaoke dan studio yoga. Kadar sewa untuk setiap unit adalah berbeza bermula daripada RM350 sehingga RM390 satu malam dan kadar sewa ini adalah amat berpatutan jika dibandingkan dengan kemudahan dan kelengkapan yang telah disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi kami di talian 03 – 9285 2155 dan bercakap dengan pegawai kami Encik Fakhruddin Afiq / Cik Hazilawati.

Personal Financing Koperasi Shamelin Berhad

https://shamelin.com

Hashtag / Keywords

 #koperasi #KoperasiServices #KSB 

Contact Koperasi Shamelin Berhad KSB

error: Content is protected !!