Kosmas 5W – 40 API SN/CF
Nak Jimat Petrol? Perlukan Pickup Maksima Untuk Kereta Anda?
Kini anda boleh guna minyak pelincir enjin sintetik terbaik untuk mengatasi masalah anda yang dihasilkan dari Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad KOSMAS.
Kosmas 5W-40 API SN/CF merupakan minyak enjin sintetik penuh yang bermutu & berkualiti. Kelebihan minyak pelincir enjin kereta KOSMAS 5W-40 API SN/CF ialah ia mempunyai tahap ketahanan panas yang lebih tinggi dan mempunyai daya ketahanan yang kuat. Oleh itu, ia tidak mudah terbakar (menjadi hitam). Minyak sintetik juga lebih bersih. Oleh itu, ianya dapat memberi penjagaan yang lebih baik kepada enjin berbanding dengan minyak mineral. Sintetik juga mempunyai kelikatan yang rendah, kadar kelikatan yang rendah bermakna ‘pick up’ kenderaan akan menjadi lebih baik (enjin lebih ringan).
Ciri-ciri luar biasa Kosmas 5W-40 API SN/CF dalam memastikan semua komponen dari injap enjin dilincirkan sepenuhnya untuk memberi prestasi dan perlindungan enjin yang optimum.
- Kosmas 5W-40 API SN/CF telah diformulasikan untuk kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel * kenderaan komersil ringan ‘turbocharged’ juga sesuai menggunakan produk ini.
- Kosmas 5W-40 API SN/CF melebihi standard prestasi pelincir yang terdapat dipasaran dan melebihi keperluan perkhidmatan Eropah, Amerika dan Jepun.
- KOSMAS 5W-40 API SN/CF SN diluluskan oleh majoriti pengeluar motor yang telah membuat ujian ke atas produk ini.
* Produk ini tidak sesuai untuk kenderaan yang dilengkapi dengan Penapis Particulate Diesel (DPF).
Kelebihan Kosmas 5W – 40 API SN/CF
- Memberi perlindungan maksima terhadap enjin kereta dan meningkatkan kuasa pecutan yang luar biasa.
- Mengurangkan deposit enjin untuk membantu memaksimumkan tindak balas enjin dan meningkatkan kecekapan enjin.
- Membantu menyejukkan enjin yang akan memanjangkan jangka hayat enjin.
- Direka khas untuk meminimumkan penggunaan minyak, memastikan potensi yang maksimum dari minyak yang terdapat dipasaran.
- Ciri-ciri aliran luar biasa pada suhu yang rendah juga memastikan perlindungan enjin dan meminimumkan kerosakan.
- Prestasi enjin diesel yang sangat ringan; sesuai dengan enjin suntikan langsung tanpa DPF.
Oil Power Save Fuel
Oil Power Save Fuel yang dihasilkan oleh Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad KOSMAS adalah minyak enjin sintetik penuh yang membolehkan anda memandu sehingga 380km p.a. Ia boleh menjimatkan bahan api, meningkatkan kuasa, melindungi silinder, melincirkan kereta dan mengurangkan bunyi bising, mengeluarkan karbon dan asap yang disimpan, dan mengurangkan pelepasan.
Jom cuba produk keluaran Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad yang bagus ini.
Kelebihan Oil Power Save Fuel
- Membantu mengurangkan geseran dan kehilangan tenaga
- Manfaat penjimatan bahan api pelincir kelikatan yang rendah
- Potong penggunaan bahan api
Kosmas Windscreen Cleaner
KOSMAS Windscreen Cleaner (Pencuci cermin kereta KOSMAS Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad) adalah pembersih cermin kereta yang berkuasa untuk membersih dan menanggalkan kesan degil yang tidak boleh di tanggal dengan menggunakan sabun biasa. Bukan itu sahaja, malah ia mampu membuang kesan-kesan air, gurisan-gurisan kecil, bitnik-bintik buta dan kesan-kesan degil seperti gris,najis burung dan nikotin di bahagian dalam kereta.
Penggunaan pencuci cermin kereta KOSMAS yang dihasilkan oleh Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad dengan kerap akan menjadikan cermin kereta anda bersih berkilat tanpa sebarang kesan kotor yang akan memberi kesan kepada pemanduan yang lebih jelas dan selamat di jalan raya.
Alat Penstabil Voltan Kereta Qmax
Alat Penstabil Voltan Kereta Qmax- Qmax Super Voltage Stabilizer adalah alat penstabil voltan serba canggih yang dihasilkan oleh Koperasi Serbaguna Maju Selangor Berhad KOSMAS yang berfungsi untuk meningkatkan prestasi kenderaan anda secara keseluruhan dan memberi penjimatan minyak terhadap kenderaan yang menggunakannya.
Qmax Super Voltage Stabilizer (Easy)
(Palamkan pada Rokok Lighter Rokok) Cuma pasang untuk mengurangkan bunyi semasa, menstabilkan voltan dan membolehkan ECU berfungsi dengan cekap, meningkatkan ekonomi bahan api dan kurang pelepasan. Unit v. boleh dengan mudah dicabut dan menggunakannya dalam kereta lain.
Qmax Super Voltage Stabilizer (Exceed)
(Palam pada Rokok Lighter Rokok) Cuma pasang untuk mengurangkan bunyi semasa, voltan penstabil, yang membolehkan ECU berfungsi dengan cekap. Pencapaian yang lebih baik, ekonomi bahan api yang lebih baik dan mengurangkan pelepasan untuk persekitaran yang lebih mesra.
Penggunaan alat penstabil voltan kereta QMAX dapat:
- Memperbaiki jarak perjalanan gas -sehingga 21% bahan api yang lebih baik.
- Mengurangkan ‘emissions’ – “pengurangan sehingga 80% HC.”
- Memberi kecekapan enjin yang lebih baik.
- Mengurangkan litar pintas.
- Papan litar berlapis berganda
- Memanjangkan jangkat hayat komponen-komponen elektrik dan elektronik. Meningkatkan kecekapan komponen-komponen elektrik / elektronik.
- Memanjangkan jangka hayat bateri.
- Dipatenkan di beberapa buah negara dalam dunia.
- Menawarkan waranti yang paling lama: 1 + 4 tahun.
- Diiktiraf oleh SIRIM QAS International.
- Pemasangan yang mudah. Tiada pengubahsuaian yang diperlukan, hanya penambahan alat penstabil voltan kereta.
Laporan Antarabangsa SIRIM QAS
Sewaktu ujian ini dilakukan, kereta petrol sedan Proton Saga BLM telah dimuatkan ke mesin Dyno untuk mengukur ‘output’ kuasa dan ‘tourque’. Ujian ini dijalankan sebelum dan selepas memasang produk Qmax. Pertama, output maksimum telah diukur tanpa produk Qmax.
Kemudian, setiap langkah -langkahnya ujian diulang dengan produk Qmax. Bacaan diambil pada setiap ujian.