Salah satu dari kelebihan menjadi anggota KOPUTRI Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad adalah dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Kemudahan ini disediakan adalah sebagai tanda penghargaan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI terhadap kesetiaan anggota terhadap koperasi ini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, dapat memberikan keselesaan kepada anggota. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:
PERUBATAN COOP Medical Centre (CMC)
COOP Medical Centre telah dibuka untuk membolehkan anggota KOPUTRI Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad mendapatkan servis perubatan pada harga minimum. Tiada yang lebih baik kerana KOPUTRI akan menganggung sehingga 50% kos perubatan anggotanya. Pusat perubatan ini juga terkenal kerana memiliki kemudahan wad bersalin, teater pembedahan dan lain- lain.
Sejajar dengan matlamat koperasi, KOPUTRI akan melancarkan skim perubatan yang banyak kelebihannya kepada anggota. Antaranya ialah Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI telah memperkenalkan Skim Khairat Kesihatan yang berfungsi sebagai perlindungan perubatan. Selain itu Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad KOPUTRI juga telah melancarkan COOP Medical Card bagi memudahkan anggotanya membuat pendaftaran di kaunter apabila mendapatkan perkhidmatan COOP Medical Centre.
Penginapan
Untuk memberikan anda pengalaman yang cukup selesa dalam penginapan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, KOPUTRI telah menyediakan tempat- tempat penginapan seperti banglo- banglo dan hotel- hotel kepada anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad. Tempat penginapan ini boleh dinikmati dilokasi- lokasi strategik seperti berikut:
- Taman Tasik Titiwangsa
- Penginapan @ Bandar Sunway
- Seven Residence @ Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Semua kemudahan ini disediakan kepada anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad dengan harga yang murah dan berpatutan. Kemudahan penginapan ini disediakan kepada anggota-anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad yang datang melawat bandaraya Kula Lumpur terutamanya anggota dari luar Kuala Lumpur yang datang ke sini untuk bercuti bersama-sama keluarga masing-masing.
Pendidikan
Pendidikan merupakan suatu keperluan yang penting dalam menjana minda yang cerdas dan efektif. Di zaman ini, pendidikan memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan seseorang di masa hadapan. Di sebalik kecemerlangan yang dikecapi, pendidikan juga turut memainkan peranan penting dalam membina sahsiah diri dan membentuk disiplin yang mantap.
Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil di Negara ini, kos pendidikan yang di tanggung oleh rakyat Malaysia semakin meningkat terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad amat perihatin terhadap masalah yang sedang dialami oleh semua rakyat di Negara ini. Oleh itu Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad telah memperkenalkan skim pendidikan bagi menghargai kesetiaan semua anggotanya.
Skim ini diperkenalkan adalah untuk membantu dan meringankan beban anggota yang kurang mampu untuk menampung kos pendidikan anak- anak mereka terutamanya untuk ke institusi pengajian tinggi. Dengan skim ini, anak- anak anggota yang kurang berkemampuan dapat meneruskan pembelajaran mereka. Skim ini hanya diberikan kepada anggota yang layak sahaja.
Rasulullah s.a.w bersabda yang Maksudnya:
“Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” – Riwayat al- Bazzar