Hasratnya adalah untuk menjadi institusi kewangan yang unggul melalui gerakan Koperasi dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota-anggotanya.
Atas kesedaran betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan yang ada, maka pada 22 November 1980, atas daya usaha Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), maka tertubuhlah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB.
Islam sentiasa menganjurkan umatnya supaya mengamalkan prinsip kerjasama dalam semua aktiviti dan kegiatan hidup yang harus, termasuk bidang perekonomian. Bertolak dari sinilah, Koperasi akan berusaha dan berjuang untuk menegakkan sistem ekonomi yang berlandaskan Islam.
Visi
Untuk menjadi koperasi Islam terunggul yang mendapat keredhaan ALLAH S.W.T
Misi
Menjalankan muamalah Islamiah secara berkoperasi dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan sebagai ibadah.
Matlamat
Penglibatan secara bersama dalam bidang ekonomi, tarbiah, dan kebajikan dengan tujuan melaksanakan syariat dan mengharap keredhaan Allah S.W.T
Objektif
Melaksanakan amanah dengan memenuhi objektif pemegang kepentingan (Stakeholders)
Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB
Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB meliputi pinjaman Rumah/Tanah iaitu pembiayaan, membeli tanah, membeli rumah dan membina rumah atau mengubahsuai rumah. Nilai pembiayaan sehingga RM300,000 (kaveat / PA).
Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi yang kedua meliputi pembiayaan kenderaan iaitu pembiayaan, membeli kenderaan baru, membeli kenderaan terpakai dan amaun pinjaman yang dibenarkan adalah Pembiayaan sehingga RM100,000.
Pinjaman Bai Bithaman Aajil yang ketiga meliputi pembiayaan Peralatan. Pinjaman peralatan yang dibenarkan adalah pembiayaan, membeli perabot, membeli barangan elektrik / komputer, membaiki / alat ganti kenderaan dan membaiki / alat ganti rumah.
Selain itu pembiayaan peralatan yang disediakan adalah seperti membeli peralatan persekolahan, membeli peralatan perniagaan, membeli barangan perniagaan dan amaun Pembiayaan sehingga RM25,000.
Pembiayaan Perkahwinan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB
Pinjaman Bai Bithaman Aajil Koperasi bagi tujuan pembiayaan Pakej Perkahwinan adalah seperti perunding perkahwinan, tempahan kad jemputan, katering, khemah / Kanopi, Dewan / Hotel, jurugambar profesional dan sewaan P.A sistem. Perkara lain yang dibolehkan adalah mestilah perkhidmatan yang tidak bercanggah dengan syara’.
Pembiayaan sehingga RM30,000
Pembiayaan Umrah Ziarah Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB
Pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB adalah pakej Umrah, pakej Pelancongan, pakej Seminar / Mesyuarat dan pakej Hotel
Skim Al-Qardhul Hasan
Pinjaman Koperasi Muslimin Malaysia Berhad KMMB sehingga RM5000 dengan tujuan pendidikan & perubatan tanpa caj keuntungan.
Kelayakan bergantung kepada gaji & tempoh persaraan