Koperasi Kakitangan BSN (KOBANAS)

Sejarah Penubuhan

KOBANAS, yang merupakan singkatan bagi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad, bermula pada 10 Mei 1993 atas dorongan Dato’ Mohd Kassa Abd. Aziz, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional Berhad. Penubuhan koperasi ini bertujuan utama untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad yang menjadi ahli, sambil mendorong semangat berkerjasama, pertolongan sendiri, dan sifat berjimat cermat di kalangan anggota koperasi.

Pertumbuhan dan Perkembangan

Sejak penubuhannya, KOBANAS telah berkembang pesat. Pada permulaan, koperasi ini memiliki kira-kira 2000 ahli, dan jumlah ini terus meningkat hingga mencapai 3580 orang pada masa kini. Pertumbuhan ini menunjukkan pengiktirafan terhadap peranan penting KOBANAS dalam menyokong keperluan sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Peranan Utama

Pemberian Pinjaman

Salah satu peranan utama KOBANAS adalah memberikan pinjaman kepada anggotanya. Melalui sokongan pembiayaan dari Bank Simpanan Nasional Berhad, koperasi ini dapat menyediakan pinjaman kepada ahli-ahlinya untuk pelbagai keperluan, termasuk kecemasan, pendidikan, pembaharuan cukai jalan, dan banyak lagi.

Penekanan kepada Semangat Berkerjasama

Selain menyediakan perkhidmatan kewangan, KOBANAS juga memberikan penekanan kepada semangat berkerjasama di kalangan ahli-ahlinya. Ini termasuklah mendorong pertolongan sendiri dan saling membantu antara anggota koperasi, serta menggalakkan sifat berjimat cermat dalam pengurusan kewangan peribadi.

Takaful

Takaful Mutiara Plus

Tujuan

Diwujudkan bagi membantu anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS disamping mempunyai insurans perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua.

Syarat-Syarat Penyertaan

  • Pelan ini boleh disertai oleh anggota-anggota KOBANAS serta pasangan.
  • Had umur dari 18 tahun sehingga 55 tahun pada hari jadi akan datang.
  • Umur matang peserta tidak akan melebihi 60 tahun.

Jumlah Sumbangan & Perlindungan

Jumlah sumbangan minima adalah sebanyak RM10 bagi jumlah perlindungan berjumlah RM17,000 kematian biasa dan keilatan kekal manakala bagi kematian disebabkan kemalangan jumlah perlindungan adalah 2 kali ganda iaitu berjumlah RM34,000.

Takaful Barakah Plus melindungi peserta selama 24 jam di seluruh dunia.

Jadual Perlindungan Takrif Keilatan

  • Kehilangan kedua-dua belah tangan.
  • Kehilangan kedua-dua belah kaki.
  • Kehilangan sebelah tangan dan kaki.
  • Lumpuh dan menyebabkan terlantar buat selamanya.
  • Kelumpuhan sepenuhnya yang berkekalan.
  • Kehilangan kedua-dua belah mata.
  • Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata sepenuhnya.

Jumlah Simpanan

  • Daripada jumlah sumbangan ini 43% akan dikreditkan ke dalam akaun peserta manakala 57% akan dikreditkan ke Akaun Khas Peserta sebagai tabarru.
  • Simpanan 43% ini akan dibayar balik sekiranya peserta menamatkan skim ini bersama-sama dengan keuntungan yang dikira setiap tahun.

Pembahagian Keuntungan Pelaburan

Pembahagian keuntungan diberikan mengikut nisbah 80% kepada peserta dan 20% kepada syarikat insurans.

Pengecualian Pemeriksaan Kesihatan

Peserta dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan bagi caruman bulanan sehingga RM30 dengan penyertaan 1,000 peserta pada satu masa.

Cara Penyertaan

  • Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan anggota-anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS. Bagi menyertai Pelan Takaful Barakah ini setiap anggota dikehendaki mengisi borang yang disediakan samada membuat sumbangan bersekali dengan pasangan dan mengemukakan borang yang telah disempurnakan kepada pejabat KOBANAS.
  • Pihak KOBANAS akan meneliti borang berkenaan sebelum di hantar ke pihak Takaful Nasional Berhad. Pihak Takaful akan mengemukakan senarai nota debit kepada KOBANAS bagi pembayaran sumbangan yang dipersetujui.
  • Pihak KOBANAS akan membuat pemotongan gaji anggota berdasarkan jumlah yang dikehendaki oleh anggota setiap bulan.
  • Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta dan pasangan oleh pihak Takaful Nasional Berhad.

Cara Membuat Tuntutan

Sebarang tuntutan perlu dikemukakan kepada pemegang kontrak iaitu Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh atau permohonan manfaat hospital bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan sijil kematian yang disahkan oleh perwakilan/ketua bahagian (bagi kematian).
  • Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
  • Salinan resit hospital (bagi tuntutan hospital).
  • Kad pengenalan awris/penuntut.
  • Surat pengesahan penuntut.

Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful Nasional Berhad akan membuat bayaran kepada KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Induk sebelum ianya diserahkan kepada pihak penuntut.

Takaful Kredit Berkelompok

Tujuan

Tujuan utama pelan ini adalah untuk melindungi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS sebagai pemberi pembiayaan ke atas baki pembiayaan yang masih tertunggak disebabkan kematian atau keilatan kekal menyeluruh anggota yang membuat pembiayaan di KOBANAS.

Tujuan lain yang penting juga adalah bagi menyelesaikan semua hutang tanpa paksaan, secara tidak langsung mengurangkan senarai hutang lapuk yang tidak dituntut. Mengurangkan risiko publisiti buruk yang akan timbul ketika menuntut baki hutang daripada penjamin.

Ciri-Ciri Am Pelan

  1. Penyertaan adalah diwajibkan bagi setiap anggota yang berjaya mendapatkan kemudahan pembiayaan pembiayaan daripada KOBANAS.
  2. Tarikh penyertaan Pelan ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh pembiayaan dikeluarkan dan akan tamat mengikut tarikh tempoh pembiayaan berakhir.
  3. Penyertaan Pelan ini dilindungi selama 24 jam sehari seluruh dunia.
  4. Pelan ini hanya akan mengeluarkan satu Kontrak Induk yang akan diberi kepada KOBANAS.

Syarat Kelayakan

  1. Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS yang telah berjaya mendapatkan kemudahan pembiyaan pinjman daripada KOBANAS.
  2. Jumlah minimum penyertaan adalah sebanyak RM1,000 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM50,000 mengikut kelulusan pihak KOBANAS.
  3. Had umur untuk pelan ini adalah daripada 18 hingga 60 tahun.
  4. Tempoh maksimum pembiyaan adalah selama 10 tahun.Manfaat Takaful
  5. Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai Pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat takaful ini adalah berdasarkan kepada jumlah baki kemudahan pembiayaan yang masih tertunggak.

Takrif Keilatan Meyeluruh

  • Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria penglihatan di kedua-dua belah mata.
  • Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras pergelangan.
  • Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki.
  • Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan.

Pengiraan Kadar Sumbangan Takaful

Pengiraan sumbangan adalah berdasarkan kepada:

  1. Umur akan datang.
  2. Tempoh kemudahan pembiayaan pinjaman.
  3. Jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Cara Penyertaan

Penyertaan adalah dikhaskan kepada pembiayaan pembiayaan anggota melebihi RM1,000.

Cara Pembayaran

  1. Bagi pembiayaan tunai pihak KOBANAS akan membuat pemotongan terus daripada pembiayaan yang diluluskan mengikut kadar yang telah ditetapkan.
  2. Bagi pembiayaan barangan pembayaran akan dibuat melalui pemotongan gaji anggota mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Cara Membuat Tuntutan

  1. Memandangakan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh peminjam bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  2. Salinan sijil kematian peserta.
  3. Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
  4. Jumlah baki pembiayaan yang masih belum berbayar.

Setelah ianya lengkap diterima pihak KOBANAS akan membuat pelarasan baki pembiayaan anggota dengan Tabung Takaful Kredit Berkelompok.

Takaful Insurans Kenderaan

Tujuan

Takaful/Insurans kenderan diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS terutamanya dan kakitangan BSN amnya untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal dan lain-lain kenderaan berenjin. Perkhidmatan ini termasuk pembaharuan cukai jalan.

Wakil Takaful/Insurans

Bagi tujuan tersebut pihak KOBANAS telah mewakili dua buah syarikat insuran bagi mengendalikan perniagaan takaful/insurans motor ini. Syarikat takaful/ insurans tersebut adalah seperti berikut:

  1. Allianz Insurans: Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara konvensional.
  2. Etiqa Takaful: Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara Islamik.

Kemudahan Yang Ditawarkan

Terdapat dua cara kemudahan yang disediakan bagi pembelian takaful/insurans motor yang ditawarkan oleh pihak KOBANAS iaitu:

  1. Pembelian melalui tunai: Pembiayaan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota KOBANAS dan bukan anggota KOBANAS. Pembelian secara tunai akan memperolehi pengurangan harga sebanyak 5% daripada harga premium.
  2. Pembelian melalui Skim Pembiayaan Jangka Pendek: Pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja tertakluk kepada kelayakan semasa.

Cara Permohonan Pembelian Secara Tunai

  1. Perkhidmatan takaful/insuran secara tunai ini terbuka kepada anggota KOBANAS, Kakitangan BSN dan orang luar.
  2. Pengiraan Premium Takaful/Insuran adalah dikira mengikut jadual kuasa padu (CC) kenderaan disertai jadual rate Takaful/Insuran dan harga pasaran semasa.
  3. Bagi mendapatkan perkhidmatan ini pemohon mestilah mengemukakan dokumen seperti berikut :
    • Salinan geran kenderaan.
    • Polisi insuran sedia ada untuk tujuan pengesahan Non Claim Bonus (NCB). Peratusan NCB mestilah mendapat pengesahan pihak takaful/insuran sebelum pengiraan dibuat.
    • Dokumen i,ii hanya diperlukan ketika permohonan pertama kali dan tidak diperlukan pada tahun-tahun berikutnya.

Cara Permohonan Melalui Pembiayaan

  1. Permohonan melalui pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja.
  2. Mengemukakan dokumen ke pejabat KOBANAS sepertimana senarai berikut:
  3. Borang pembiayaan yang telah diisi dengan sempurna.
  4. Slip gaji asal atau yang disahkan oleh ketua bahagian/ cawangan.
  5. Pengiraan insurans yang telah dikemukakan oleh Pegawai Insurans.
  6. Salinan kad pengenalan penjamin.
  7. Polisi insurans yang lama.
  8. Salinan geran kenderaan.
  9. Pihak Kobanas juga memberi perkhidmatan pembaharuan Cukai Jalan dengan caj minima.

Homestay

Dimaklumkan bahawa Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS telahpun mempunyai empat(4) buah Homestay yang sedia untuk diduduki/ditempah oleh anggota-anggota KOBANAS pada kadar sewaan yang amat berpatutan.

Senarai Homestay adalah sepertimana berikut:

BilLokasiJenis KediamanKadar Sewa AnggotaPegawai Bertugas
1No. 24, Lorong Batu Hitam 13, Taman Mewah Sri Bayu, Batu Hitam, 26100 Beserah, PahangRumah Berkembar 3 bilikRM50.00Noor Aznieta Ibrahim – 019-9801196
Nur Syazwini Zakaria – 019-3300585
KOBANAS – 03-42521293
2Jalan Solehah 3C, PT 28874, Taman Desa Solehah, 21060 Kuala Terengganu, TerengganuRumah Berkembar 3 bilikRM50.00Ahmad Fauzi Yusof – 012-9010049
Mohd Hadafi Ali – 012-9567495
KOBANAS – 03-42521293
3No. 7, Jalan Desa Jaya 1, Taman Desa Jaya, 75150 Bukit Baru, MelakaRumah Teres Dua Tingkat 3 bilikRM50.00Al Naim Jenal – 017-6798892
Jeffri Kamaruddin – 011-38085830
Jainal Muhidan – 017-6057155
Mohd Faizal Hashim – 012-2792422
Fatimah Salleh – 019-6588069
KOBANAS – 03-42521293
4Marina Court, D3-08, Blok D, Tingkat 3, Kota Kinabalu, SabahApartment 3 bilikRM120.00Mohd Ahyar Ahmad – 019-8015939
Roseni Stephen – 013-8666275
Judy D Satiwang – 013-8808471
Jaounah Ompongoh – 010-2216362
Junaidi Ali – 013-8517176
Asmadi Sidin – 016-8032101
Ali Salleh – 016-8029096
KOBANAS – 03-42521293

Pinjaman Peribadi

Pinjaman KOBANAS atau Koperasi Kakitangan BSN menawarkan pelbagai pakej tunai yang menarik kepada anggotanya. Berikut adalah beberapa daripada pakej tunai yang ditawarkan:

  1. Pembiayaan Pelancongan: Membolehkan anda menikmati percutian impian anda tanpa perlu menanggung beban kewangan yang terlalu besar.
  2. Pembiayaan Kecemasan: Menyediakan dana yang diperlukan untuk menangani kecemasan kewangan seperti perbelanjaan perubatan mendadak atau kerosakan harta benda yang tak terduga.
  3. Pembiayaan Insurans dan Cukai Jalan: Membolehkan anda membayar insurans kenderaan anda atau cukai jalan tanpa menjejaskan bajet harian anda.
  4. Pembiayaan Kebajikan Tunai: Menyediakan dana tambahan untuk menangani keperluan kewangan harian atau kecemasan yang tidak dijangka.
  5. Pembiayaan Konsumer: Memberikan akses kepada dana tambahan untuk pembelian barangan konsumer seperti elektronik atau peralatan rumah.
  6. Pembiayaan Perayaan: Membolehkan anda merancang perayaan atau majlis khas tanpa perlu bimbang tentang aspek kewangan.
  7. Pembiayaan Persekolahan: Menyediakan dana untuk membayar yuran persekolahan atau perbelanjaan berkaitan pendidikan bagi anak-anak anda.

Di bawah ini adalah beberapa pakej tunai yang ditawarkan oleh KOBANAS Financing Koperasi Kakitangan BSN pada tahun 2022:

Pembiayaan Pelancongan

Dapatkan pembiayaan untuk merancang percutian impian anda tanpa perlu menunggu lama. Pembiayaan pelancongan dari KOBANAS membolehkan anda menjelajahi destinasi pilihan anda tanpa menghadapi beban kewangan yang besar.

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah Pembiayaan KOBANAS Pelancongan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).

Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran Pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah Pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

  • Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.

Dokumen sokongan

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga daripada syarikat pelancongan samada daripada syarikat yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.

Pengesahan Perwakilan

Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.

Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Kecemasan

Hadapi kecemasan kewangan dengan yakin dengan pembiayaan cepat dan mudah dari Koperasi KOBANAS. Dapatkan dana segera untuk menangani keadaan darurat seperti perubatan, kerosakan harta benda, atau kehilangan pendapatan.

Berikut adalah syarat-syarat Pembiayaan KOBANAS Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad untuk kecemasan dapat diterangkan seperti dibawah.

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan Pembiayaan

Jumlah Pembiayaan Kobanas Kecemasan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 3 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin. Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

Salinan kad pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

  1. Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
  2. Sokongan: Setiap pembiayaan kecemasan mestilah mempunyai alasan bagi menyokong pembiayaan tersebut seperti kematian, perubatan, bersalin dan lain-lain alasan yang difikir munasabah.
  3. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  4. Slip Gaji Terkini: Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Insurans dan Cukai Jalan

Jaminan perlindungan insurans dan pembayaran cukai jalan kenderaan anda menjadi lebih mudah dengan pembiayaan yang disediakan oleh Koperasi KOBANAS. Nikmati ketenangan fikiran dengan menyelesaikan pembayaran berkaitan tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.

Berikut adalah syarat-syarat Pembiayaan KOBANAS Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad untuk pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan.

Kelayakan Pembiayaan Kobanas Insuran/ Cukai Jalan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan

Jumlah Pembiayaan Kobanas Insuran/ Cukai Jalan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit). Jumlah pembiayaan diluluskan hanya berdasarkan kepada jumlah premium insurans dan cukai jalan pada tahun terkini. Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

  1. Penjamin: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
  3. Dokumen sokongan: Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Kebajikan Tunai

Dapatkan bantuan kewangan untuk keperluan kebajikan dan kesejahteraan anda. Pembiayaan kebajikan tunai dari Koperasi KOBANAS membantu anda menangani cabaran kewangan dalam situasi yang sukar.

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan KOBANAS untuk kebajikan boleh sehingga RM50k.

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan

Jumlah Pembiayaan Kobanas Kebajikan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 10 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

  • Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.

Potongan Jimat Cermat (CJC)Kadar potongan CJC adalah sebanyak 5% daripada jumlah pembiayaan dan ianya dipotong terus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. CJC boleh dikeluarkan setelah pembiayaan selesai dan CJC akan diselaras dengan pembiayaan sekiranya anggota membuat penjelasan awal.

Takaful

  • Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun Pembiayaan.
  • Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  • Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Konsumer

Dari pembelian perabot hingga pembayaran bil perubatan, pembiayaan konsumer dari KOBANAS memberikan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan harian anda tanpa mengganggu aliran tunai anda.

Pembiayaan KOBANAS yang seterusnya adalah pembiayaan jualan dengan bayaran tertangguh (Barangan Pengguna)

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Had Kelayakan

Jumlah Pembiayaan Kobanas Konsumer yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM15,000.00 (Lima belas Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah pembiayaan yang dibuat.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah Pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
  3. Dokumen sokongan: Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga barangan yang hendak dibeli samada daripada pembekal yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.
  4. Pengesahan Perwakilan: Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  5. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Perayaan

Rayakan momen istimewa dalam hidup anda dengan pembiayaan perayaan dari KOBANAS. Dapatkan dana tambahan untuk merancang majlis perkahwinan, sambutan harijadi, atau perayaan lain dengan penuh kegembiraan.

Had Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan KOBANAS untuk perayaan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit). Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik Pembiayaan Kobanas Perayaan adalah sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

  1. Penjamin Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.
  2. Takaful: Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.
  3. Pengesahan Perwakilan. Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
  4. Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan Persekolahan

Bantu membiayai kos pendidikan anak-anak anda dengan pembiayaan persekolahan yang fleksibel daripada KOBANAS. Jangan biarkan faktor kewangan menghalang impian pendidikan mereka.

Berikut adalah syarat-syarat pembiayaan KOBANAS untuk persekolahan.

Kelayakan Pembiayaan

Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Had Kelayakan

Jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM3,000.00 (Tiga Ribu Ringgit).

Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran pembiayaan yang dipohon.

Tempoh bayaran

Tempoh bayaran balik adalah sehingga 1 tahun sahaja.

Kadar Faedah Perkhidmatan

Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.

Syarat-syarat Lain

Penjamin

Setiap pembiayaan hendaklah mengemukkan (1) seorang penjamin berserta dengan salinan kad pengenalan penjamin yang ditandatangani oleh penjamin.

Takaful

Takaful akan dikenakan keatas Pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan ditolak terus daripada amaun pembiayaan.

Pengesahan Perwakilan

Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.

Slip Gaji Terkini.

Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.

Pembiayaan 2022

Selain dari kategori pinjaman tunai yang telah diperkenalkan dalam promosi pinjaman KOBANAS Koperasi Kakitangan BSN, KOBANAS turut menawarkan skim pembiayaan terbaharu bagi tahun 2022 seperti berikut:

  1. Pembiayaan Kebajikan (Popular)
  2. Pembiayaan Kecemasan (Popular)
  3. Pembiayaan 80% Atas Caruman Anggota (Baru)
  4. Pembiayaan Khas COVID-19 (Baru)
  5. Pembiayaan Sandaraan Saham dan Caruman (Baru)
  6. Pembiayaan Tanpa Penjamin (Baru)

Skim pembiayaan terbaharu ini menawarkan kemudahan yang lebih fleksibel dan sesuai dengan keperluan kewangan anda. Terdapat beberapa ciri utama bagi pembiayaan tanpa penjamin yang perlu diberi perhatian:

  • Maksimum Amaun Pembiayaan: RM30,000
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada bilangan tahun keanggotaan.
  • Tidak Memerlukan Penjamin: Memudahkan pemohon yang tidak mempunyai penjamin untuk mendapatkan pembiayaan yang diperlukan.

Untuk keterangan lanjut mengenai skim pembiayaan terbaharu ini, sila hubungi KOBANAS (Koperasi Kakitangan BSN) melalui nombor dan alamat yang tertera di bawah halaman ini.

Dapatkan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan anda dan rancang masa depan kewangan anda dengan lebih yakin bersama KOBANAS. Jangan lepaskan peluang ini!

Kelebihan

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memohon pinjaman dengan KOBANAS (Koperasi Kakitangan BSN), berikut adalah beberapa kelebihan yang boleh anda nikmati:

  1. Kadar Keuntungan yang Kompetitif: Nikmati kadar keuntungan yang kompetitif bermula dari 6.50%. Kadar-kadar ini memastikan anda mendapat syarat yang baik dan pembayaran yang mampu.
  2. Pilihan Pembiayaan Yang Fleksibel: Akses pembiayaan sehingga RM50,000, bergantung kepada pakej yang anda pilih. Fleksibiliti ini membolehkan anda menyesuaikan jumlah pinjaman mengikut keperluan kewangan anda yang khusus.
  3. Proses Kelulusan Cepat: Alami proses kelulusan yang cepat, biasanya dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Waktu respon yang pantas ini memastikan anda dapat mengakses dana yang anda perlukan dengan cepat, tanpa kelewatan yang tidak perlu.
  4. Tempoh Pembiayaan yang Panjang: Manfaatkan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Tempoh pembayaran yang dilanjutkan ini menawarkan anda keselesaan untuk menyebarkan pembayaran anda dalam jangka masa yang lebih lama, menjadikannya lebih mudah diurus.
  5. Kriteria Bayaran Balik yang Berpatutan: Pastikan bahawa pendapatan bersih anda tidak melebihi 40% daripada pendapatan anda. Kriteria ini memastikan bahawa pembayaran pinjaman anda kekal dalam bahagian yang munasabah daripada pendapatan bulanan anda, mengurangkan beban kewangan.
  6. Pilihan Penjamin yang Fleksibel: Pilih sama ada untuk memohon pinjaman dengan atau tanpa penjamin. Fleksibiliti ini memenuhi keperluan individu yang mungkin ada atau tiada orang yang bersedia menjadi penjamin untuk permohonan pinjaman mereka.

Hubungi KOBANAS (Koperasi Kakitangan BSN)

Wisma KOBANAS
No 25, Jalan Jelatek 2
Jelatek Business Park
54200 Kuala Lumpur

Tel: 03-4252 1293 / 3293 / 5293
Fax: 03 – 4252 0293

E-Mel: khidmatpelanggan@kobanas.my<br>kredit@kobanas.my




Frequently Asked Questions (FAQ)

Find answers to common questions in our FAQ section. Whether you need help, guidance, or quick tips, we’ve got the information you need! Browse our expert responses and get the solutions you’re looking for—fast and easy.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi Kobanas?

Perkhidmatan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional (KOBANAS)- Takaful

Perkhidmatan pembiayaan Kobanas adalah seperti Insurans- PELAN TAKAFUL/INSURANS KOPERASI KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD, Takaful dan Insurans Kenderaan, perkhidmatan Homestay Kobanas, pembiayaan pelancongan, pembiayaan kecemasan, pembiayaan insurans dan cukai jalan, pembiayaan kebajikan tunai, pembiayaan konsumer, pembiayaan perayaan dan pembiayaan persekolahan

Koperasi Kakitangan BSN (KOBANAS): Ringkasan

Pinjaman Koperasi

Dapatkan Pinjaman Koperasi dengan faedah rendah dan kelulusan pantas! Pilihan terbaik untuk kakitangan kerajaan dan swasta. Ketahui bagaimana anda boleh menikmati pembiayaan fleksibel tanpa tekanan!

Web Directories

Find the best resources tailored to your interests! Whether you’re searching for travel ideas, money-saving tips, fun hobbies, or trusted product reviews, we’ve got you covered. Our carefully curated recommendations help you discover new experiences and make informed decisions—effortlessly. Start exploring today!

  1. https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
  2. https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
  3. https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
  4. https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
  5. https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
  6. https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
  7. https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
  8. https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
  9. https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
  10. https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
  11. https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
  12. https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
  13. https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
  14. https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
  15. https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
  16. https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
  17. https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
  18. https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
  19. https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”
error: Content is protected !!
Scroll to Top