Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - KKUiTM Koop

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad – KKUiTM Koop juga dikenali dengan uitmcoop menawarkan pinjaman peribadi seperti unsecured financing kepada anggota koperasi

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - KKUiTM Koop

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - KKUiTM Koop Summary

  • Koperasi Name: Koperasi Kakitangan UiTM Berhad
  • Abbreviation / Code Name: KKUiTM Koop
  • Koperasi Promotion Name: General Info about Koperasi Kakitangan UiTM Berhad – KKUiTM Koop
  • Sejarah Penubuhan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - KKUiTM Koop

    Koperasi Kakitangan UiTM Berhad telah ditubuhkan pada 25 November 1968 yang didaftarkan oleh Ahmad bin Mohd Yunus dibawah nama Koperasi Kakitangan ITM (Institut Teknologi Mara) Berjimat Cermat dan Pembiayaan dengan no pendaftaran 4425. Juga menawarkan pinjaman peribadi kepada anggota dengan seperti pembiayaan kecemasan, pembiayaan raya, pembiayaan IPT dan lain-lain.

Sejarah Penubuhan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - KKUiTM Koop

Koperasi Kakitangan UiTM Berhad – KKUiTM Koop telah ditubuhkan pada 25 November 1968 yang didaftarkan oleh Ahmad bin Mohd Yunus dibawah nama Koperasi Kakitangan ITM (Institut Teknologi Mara) Berjimat Cermat dan Pembiayaan dengan no pendaftaran 4425.

Namun pada 8 Mac 1994, Koperasi Kakitangan ITM membuat pindaan nama kepada Koperasi Kakitangan Institut Teknologi Mara berhad menurut pindaan kepada undang-undang kecilnya yang telah didaftarkan mengikut seksyen 10(3) Ordinan koperasi bilangan 33 1948.

Namun pada 13 Januari 2001 Koperasi Kakitangan ITM sekali lagi menukar nama kepada Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad (KKUiTMB) melalui satu pindaan undang-undang kecil yang didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) akta koperasi 1993 kerana kerajaan telah menaiktaraf ITM kepada universiti dan dikenali sebagai nama UiTM.

Justeru itu, Koperasi KKUiTMB dahulunya beroperasi didalam kampus UiTM kemudian berpindah ke Seksyen 2 seterusnya operasi KKUiTMB semakin berkembang dan kakitangan semakin bertambah menyebabkan KKUiTMB membeli bangunan Worldwide@7 di alamat B-13 Tingkat 1, 2 dan 3 Worldwide@7, Jalan Lazuardi 7/29 Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Keanggotaan KKUiTMB terdiri daripada kakitangan-kakitangan UiTM yang tetap dan kontrak di bawah UiTM. KKUiTMB mempunyai 7,500 orang anggota yang aktif dan kawasan operasi koperasi meliputi seluruh Malaysia dan Ahli Lembaga Koperasi seramai 9 orang, Manakala Juruaudit dalaman(JAD) seramai 4 orang serta kakitangan seramai 17 orang bagi menguruskan pentadbiran koperasi dan 9 orang pekerja yang menguruskan kedai mini koperasi di cawangan UiTM.

KKUiTMB menjalankan fungsi utama operasi ini ialah kredit. Sehubungan dengan itu, Menurut subseksyen 4(1) akta, matlamat penubuhan koperasi kakitangan UiTM Berhad ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Aktiviti koperasi ialah pembiayaan tunai dan barangan, insurans, Ar-rahnu, dobi, kedai mini, kebajikan dan sosial.

Pembiayaan Peribadi Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - KKUiTM Koop

Pihak Koperasi menawarkan pelbagai jenis pembiayaan. Tertakluk kepada peraturan peruntukan undang-undang dan akta-akta yang dibenarkan.

  1. Pinjaman peribadi – Pembiayaan Tunai Berjamin
  2. Pinjaman peribadi – Pembiayaan Pengguna ( Barangan )
  3. Pinjaman peribadi – Pembiayaan Tunai 90% Caruman
  4. Pinjaman peribadi – Pinjaman IPT
  5. Pinjaman peribadi – Pembiayaan Kecemasan

Kebajikan dan Sosial, Takaful Kenderaan dan Ar-Rahnu

Kebajikan dan Sosial

Terdapat beberapa sumbangan dan perkhidmatan yang diwujudkan kepada anggotanya dengan tujuan hanyalah membantu mereka.

Perkhidmatan Takaful Kenderaan

Koperasi kakitangan UiTM Berhad menyediakan perkhidmatan takaful kenderaan kepada anggota dan juga bukan anggota koperasi

Ar-Rahnu

Pihak Koperasi Kakitangan UiTM Berhad juga menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu dan terbuka kepada semua anggota dan bukan anggota.

https://www.uitmkoop.my

Contact Koperasi Kakitangan UiTM Berhad - KKUiTM Koop

error: Content is protected !!
Scroll to Top