“Ketika ini, kami sedang menilai 10 koperasi yang akan membuka cawangan kedai berkenaan dalam fasa pertama, dan 10 lagi dalam fasa kedua bermula dari Julai ini sehingga akhir tahun.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor bersempena program My Farm Outlet di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad imCoop, Syed Salim Syed Mohamed.
Cawangan terbaharu itu adalah usahasama imCoop dengan Unit Strategi Nasional di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian (MOA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Sehingga kini, imCoop sudah membuka lapan cawangan di Johor termasuk Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggaroh, Mersing dan dua lagi cawangan di Paroi dan Panchor di Negeri Sembilan sejak ditubuhkan pada 2014.
Md Jais berkata, Koperasi Iskandar Malaysia Berhad IMCoop adalah gabungan 116 koperasi di bawahnya dan diwakili oleh kira-kira 75,000 anggota koperasi.