Pusat Ternakan i-Man Farm Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad Koiman kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Ianya di buka pada tahun 2010.
Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 350 ekor lembu pada satu-satu masa.
Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman KOIMAN yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada. i-Man Farm Koperasi Iman KOIMAN mempunyai perancangan untuk memperluaskan kawasan operasi ladang bagi menambah produk pengeluaran baru.
Selain itu pelan jangka panjang Koperasi Iman KOIMAN sedang dirancangkan bagi menampung keperluan permintaan dalam Negara.
Sebelum ladang dipindahkan ke Hulu Langat pada tahun 2010, ladangnya awalnya berada di Ulu Chepor, Perak. Ianya dibuka pada tahun 2008, dengan keluasan 6 ekar.
Pada tahun yang sama ladang tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Mansor bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif CEO) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Perpindahan dari kawasan Perak ke Hulu Langat, Selangor adalah untuk menyeragamkan serta memantapkan pengurusan dan pengawasan operasi.
Logo i-man FARM Koperasi Iman KOIMAN digunakan untuk semua produk hasilan ternakan. i-man FARM telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Trade Mark) pada 9/9/2008; di bawah Kelas 1 (Fertilizer-Manure), 29 (Goods & Services-Meat, Poultry) dan 31 (Goods & Services-Agriculture Products).