Pada tahun 2012, Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad KOBETA telah melangkah setapak lagi dalam bidang hartanah dengan pembelian satu blok 26 unit apartmen servis The Loft @ Zetapark yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Hartanah ini terletak di lokasi 8 KM dari Pusat bandar Kuala Lumpur cukup strategik di tengah bandar Setapak dan berhampiran dengan Pusat Perniagaan Platinum Walk, Hospital Columbia Asia Medical Centre dan beberapa universiti tempatan.
The Loft @ Zetapak adalah sebuah kediaman jenis apartmen servis yang dibina di atas pusat membeli-belah ‘Setapak City’ dimana terdapat 3 syarikat ternama seperti Parkson, Econsave dan MBO Cinema. Unit kediaman yang ditawarkan adalah unit apartmen 3 + 1 bilik tidur dan 3 bilik air yang berkeluasan 1,401 kaki persegi termasuk sebuah ruang tamu dan dapur yang dilengkapi dengan kabinet dapur, penghawa dingin dan mandian air panas.
The Loft @ Zetapark ini dilengkapi dengan kemudahan kolam renanang, 1 KM trek jogging, bilik sauna/jakuzi, gimnasium dan dewan serbaguna bagi kemudahan penghuni mengadakan majlis keramaian. Selain dari itu, gelanggang futsal dan badminton juga ada disediakan bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan berkumpulan. Bangunan The Loft @ Zetapark ini mempunyai tahap keselamatan yang ketat dimana ianya dikawal oleh kamera litar tertutup atau CCTV dan diselia oleh pengawal di bilik kawalan CCTV yang beroperasi 24 jam disamping rondaan pengawal keselamatan.
Unit-unit kediaman ini juga di lengkapi dengan sistem interkom yang disambungkan terus ke bilik kawalan bagi kemudahan penghuni berhubung terus dengan bilik kawalan keselamatan.