Pinjaman Peribadi IDSB RHB Islamic Peroleh pinjaman peribadi IDSB RHB Islamic yang memenuhi keperluan kewangan anda, khas untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Dapatkan keputusan pantas, faedah kompetitif, serta proses yang mudah. Pinjaman peribadi IDSB,...
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS)
Pembiayaan KOBANAS - Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad: Summary
- Bank Koperasi Name: Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
- Abbreviation / Code Name: KOBANAS
- Category:#KoperasiServices #koperasi #KOBANAS
- Bank Koperasi Promotion Name: Product Info
- Personal Loan Promotion Period: ~ variety of personal financing available ~
- Open to: Bank and cooperative member
Mengenal Pasti Asas-asas KOBANAS
Sejarah Penubuhan
KOBANAS, yang merupakan singkatan bagi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad, bermula pada 10 Mei 1993 atas dorongan Dato’ Mohd Kassa Abd. Aziz, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional Berhad. Penubuhan koperasi ini bertujuan utama untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad yang menjadi ahli, sambil mendorong semangat berkerjasama, pertolongan sendiri, dan sifat berjimat cermat di kalangan anggota koperasi.
Pertumbuhan dan Perkembangan
Sejak penubuhannya, KOBANAS telah berkembang pesat. Pada permulaan, koperasi ini memiliki kira-kira 2000 ahli, dan jumlah ini terus meningkat hingga mencapai 3580 orang pada masa kini. Pertumbuhan ini menunjukkan pengiktirafan terhadap peranan penting KOBANAS dalam menyokong keperluan sosioekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.
Peranan Utama KOBANAS dalam Meningkatkan Kesejahteraan Anggota
Pemberian Pinjaman
Salah satu peranan utama KOBANAS adalah memberikan pinjaman kepada anggotanya. Melalui sokongan pembiayaan dari Bank Simpanan Nasional Berhad, koperasi ini dapat menyediakan pinjaman kepada ahli-ahlinya untuk pelbagai keperluan, termasuk kecemasan, pendidikan, pembaharuan cukai jalan, dan banyak lagi.
Penekanan kepada Semangat Berkerjasama
Selain menyediakan perkhidmatan kewangan, KOBANAS juga memberikan penekanan kepada semangat berkerjasama di kalangan ahli-ahlinya. Ini termasuklah mendorong pertolongan sendiri dan saling membantu antara anggota koperasi, serta menggalakkan sifat berjimat cermat dalam pengurusan kewangan peribadi.
Kesimpulan: KOBANAS Sebagai Penyokong Utama Kesejahteraan Kakitangan BSN
KOBANAS, sebagai koperasi yang berfokus pada kebajikan kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad, telah membuktikan peranannya sebagai penyokong utama dalam meningkatkan kesejahteraan anggotanya. Melalui perkhidmatan pinjaman dan penekanan kepada semangat berkerjasama, koperasi ini terus memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan sosioekonomi kakitangan BSN.
Perkhidmatan Insurans/Takaful oleh KOBANAS
Jenis-Jenis Takaful/Insurans
KOBANAS menyediakan perkhidmatan insurans/takaful terutama untuk kemudahan anggota-anggota KOBANAS. Terdapat dua jenis perniagaan takaful/insurans utama yang dikendalikan oleh pihak KOBANAS:
Takaful Hayat (Takaful Berkelompok)
Takaful ini terbahagi kepada beberapa pelan berkelompok iaitu:
- Pelan Takaful Mutiara Plus
- Pelan Takaful Kredit Berkelompok
Takaful/Insurans Kenderaan
Takaful/insurans untuk kenderaan juga disediakan oleh KOBANAS, memenuhi keperluan anggota dalam melindungi harta benda mereka.
Pelan Takaful Mutiara Plus Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS
Tujuan
Diwujudkan bagi membantu anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS disamping mempunyai insurans perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua.
Syarat-Syarat Penyertaan
- Pelan ini boleh disertai oleh anggota-anggota KOBANAS serta pasangan.
- Had umur dari 18 tahun sehingga 55 tahun pada hari jadi akan datang.
- Umur matang peserta tidak akan melebihi 60 tahun.
Jumlah Sumbangan & Perlindungan
Jumlah sumbangan minima adalah sebanyak RM10 bagi jumlah perlindungan berjumlah RM17,000 kematian biasa dan keilatan kekal manakala bagi kematian disebabkan kemalangan jumlah perlindungan adalah 2 kali ganda iaitu berjumlah RM34,000.
Takaful Barakah Plus melindungi peserta selama 24 jam di seluruh dunia.
Jadual Perlindungan Takrif Keilatan
- Kehilangan kedua-dua belah tangan.
- Kehilangan kedua-dua belah kaki.
- Kehilangan sebelah tangan dan kaki.
- Lumpuh dan menyebabkan terlantar buat selamanya.
- Kelumpuhan sepenuhnya yang berkekalan.
- Kehilangan kedua-dua belah mata.
- Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata sepenuhnya.
Jumlah Simpanan
Daripada jumlah sumbangan ini 43% akan dikreditkan ke dalam akaun peserta manakala 57% akan dikreditkan ke Akaun Khas Peserta sebagai tabarru.
Simpanan 43% ini akan dibayar balik sekiranya peserta menamatkan skim ini bersama-sama dengan keuntungan yang dikira setiap tahun.
Pembahagian Keuntungan Pelaburan
Pembahagian keuntungan diberikan mengikut nisbah 80% kepada peserta dan 20% kepada syarikat insurans.
Pengecualian Pemeriksaan Kesihatan
Peserta dikecualikan daripada pemeriksaan kesihatan bagi caruman bulanan sehingga RM30 dengan penyertaan 1,000 peserta pada satu masa.
Cara-Cara Penyertaan
Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan anggota-anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS. Bagi menyertai Pelan Takaful Barakah ini setiap anggota dikehendaki mengisi borang yang disediakan samada membuat sumbangan bersekali dengan pasangan dan mengemukakan borang yang telah disempurnakan kepada pejabat KOBANAS.
Pihak KOBANAS akan meneliti borang berkenaan sebelum di hantar ke pihak Takaful Nasional Berhad. Pihak Takaful akan mengemukakan senarai nota debit kepada KOBANAS bagi pembayaran sumbangan yang dipersetujui.
Pihak KOBANAS akan membuat pemotongan gaji anggota berdasarkan jumlah yang dikehendaki oleh anggota setiap bulan.
Sijil penyertaan akan dikeluarkan kepada peserta dan pasangan oleh pihak Takaful Nasional Berhad.
Cara Membuat Tuntutan
Sebarang tuntutan perlu dikemukakan kepada pemegang kontrak iaitu Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh atau permohonan manfaat hospital bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan sijil kematian yang disahkan oleh perwakilan/ketua bahagian (bagi kematian).
- Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
- Salinan resit hospital (bagi tuntutan hospital).
- Kad pengenalan awris/penuntut.
- Surat pengesahan penuntut.
Setelah ianya diterima pihak KOBANAS akan mengisi borang tuntutan untuk dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad. Sekiranya tiada masalah pihak Takaful Nasional Berhad akan membuat bayaran kepada KOBANAS sebagai Pemegang Kontrak Induk sebelum ianya diserahkan kepada pihak penuntut.
Pelan Takaful Kredit Berkelompok Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS
Tujuan
Tujuan utama pelan ini adalah untuk melindungi Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS sebagai pemberi pembiayaan ke atas baki pembiayaan yang masih tertunggak disebabkan kematian atau keilatan kekal menyeluruh anggota yang membuat pembiayaan di KOBANAS.
Tujuan lain yang penting juga adalah bagi menyelesaikan semua hutang tanpa paksaan, secara tidak langsung mengurangkan senarai hutang lapuk yang tidak dituntut. Mengurangkan risiko publisiti buruk yang akan timbul ketika menuntut baki hutang daripada penjamin.
Ciri-Ciri Am Pelan
Penyertaan adalah diwajibkan bagi setiap anggota yang berjaya mendapatkan kemudahan pembiayaan pembiayaan daripada KOBANAS.
Tarikh penyertaan Pelan ini akan mula berkuatkuasa pada tarikh pembiayaan dikeluarkan dan akan tamat mengikut tarikh tempoh pembiayaan berakhir.
Penyertaan Pelan ini dilindungi selama 24 jam sehari seluruh dunia.
Pelan ini hanya akan mengeluarkan satu Kontrak Induk yang akan diberi kepada KOBANAS.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS yang telah berjaya mendapatkan kemudahan pembiyaan pinjman daripada KOBANAS.
- Jumlah minimum penyertaan adalah sebanyak RM1,000 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM50,000 mengikut kelulusan pihak KOBANAS.
- Had umur untuk pelan ini adalah daripada 18 hingga 60 tahun.
- Tempoh maksimum pembiyaan adalah selama 10 tahun.Manfaat Takaful
- Manfaat ini akan disediakan apabila anggota yang menyertai Pelan ini meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat takaful ini adalah berdasarkan kepada jumlah baki kemudahan pembiayaan yang masih tertunggak.
Takrif Keilatan Meyeluruh
- Kehilangan menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan sepenuh deria penglihatan di kedua-dua belah mata.
- Kudung keseluruhan kedua-dua belah tangan pada atau di atas paras pergelangan.
- Kudung keseluruhan sebelah tangan dan sebelah kaki.
- Hilang lenyapnya deria penglihatan yang tidak dapat dipulihkan pada sebelah mata dan kudungnya keseluruhan bahagian anggota kaki/tangan.
Pengiraan Kadar Sumbangan Takaful
Pengiraan sumbangan adalah berdasarkan kepada:
- Umur akan datang.
- Tempoh kemudahan pembiayaan pinjaman.
- Jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Cara-Cara Penyertaan
Penyertaan adalah dikhaskan kepada pembiayaan pembiayaan anggota melebihi RM1,000.
Cara Pembayaran
Bagi pembiayaan tunai pihak KOBANAS akan membuat pemotongan terus daripada pembiayaan yang diluluskan mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Bagi pembiayaan barangan pembayaran akan dibuat melalui pemotongan gaji anggota mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Cara Membuat Tuntutan
- Memandangakan tuntutan adalah daripada pihak KOBANAS maka setiap tuntutan perlu dikemukakan kepada pihak Takaful Nasional Berhad dalam masa 23 hari daripada tarikh berlakunya kematian ataupun keilatan kekal menyeluruh peminjam bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan sijil kematian peserta.
- Salinan surat pengesahan doktor (bagi keilatan kekal menyeluruh).
- Jumlah baki pembiayaan yang masih belum berbayar.
Setelah ianya lengkap diterima pihak KOBANAS akan membuat pelarasan baki pembiayaan anggota dengan Tabung Takaful Kredit Berkelompok.
Takaful Insurans Kenderaan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS
Tujuan
Takaful/Insurans kenderan diwujudkan bagi memberi perkhidmatan kepada anggota-anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS terutamanya dan kakitangan BSN amnya untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor termasuk kereta, motosikal dan lain-lain kenderaan berenjin. Perkhidmatan ini termasuk pembaharuan cukai jalan.
Wakil Takaful/Insurans
Bagi tujuan tersebut pihak KOBANAS telah mewakili dua buah syarikat insuran bagi mengendalikan perniagaan takaful/insurans motor ini. Syarikat takaful/ insurans tersebut adalah seperti berikut:
Allianz Insurans
Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara konvensional.
Etiqa Takaful
Dikhususkan kepada mana-mana anggota yang ingin memperbaharui insurans secara Islamik.
Kemudahan Yang Ditawarkan
Terdapat dua cara kemudahan yang disediakan bagi pembelian takaful/insurans motor yang ditawarkan oleh pihak KOBANAS iaitu:
Pembelian melalui tunai
Pembiayaan ini adalah terbuka kepada anggota-anggota KOBANAS dan bukan anggota KOBANAS. Pembelian secara tunai akan memperolehi pengurangan harga sebanyak 5% daripada harga premium.
Pembelian melalui Skim Pembiayaan Jangka Pendek. Pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja tertakluk kepada kelayakan semasa.
Cara Permohonan Pembelian Secara Tunai
Perkhidmatan takaful/insuran secara tunai ini terbuka kepada anggota KOBANAS, Kakitangan BSN dan orang luar.
Pengiraan Premium Takaful/Insuran adalah dikira mengikut jadual kuasa padu (CC) kenderaan disertai jadual rate Takaful/Insuran dan harga pasaran semasa.
Bagi mendapatkan perkhidmatan ini pemohon mestilah mengemukakan dokumen seperti berikut :
- Salinan geran kenderaan.
- Polisi insuran sedia ada untuk tujuan pengesahan Non Claim Bonus (NCB). Peratusan NCB mestilah mendapat pengesahan pihak takaful/insuran sebelum pengiraan dibuat.
- Dokumen i,ii hanya diperlukan ketika permohonan pertama kali dan tidak diperlukan pada tahun-tahun berikutnya.
Cara Permohonan Melalui Pembiayaan
- Permohonan melalui pembiayaan ini adalah dikhaskan kepada anggota KOBANAS sahaja.
- Mengemukakan dokumen ke pejabat KOBANAS sepertimana senarai berikut:
- Borang pembiayaan yang telah diisi dengan sempurna.
- Slip gaji asal atau yang disahkan oleh ketua bahagian/ cawangan.
- Pengiraan insurans yang telah dikemukakan oleh Pegawai Insurans.
- Salinan kad pengenalan penjamin.
- Polisi insurans yang lama.
- Salinan geran kenderaan.
- Pihak Kobanas juga memberi perkhidmatan pembaharuan Cukai Jalan dengan caj minima.
Perkhidmatan Homestay Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS
Dimaklumkan bahawa Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS telahpun mempunyai empat(4) buah Homestay yang sedia untuk diduduki/ditempah oleh anggota-anggota KOBANAS pada kadar sewaan yang amat berpatutan.
Senarai Homestay adalah sepertimana berikut:
Bil | 1 |
---|---|
Lokasi | No. 24, Lorong Batu Hitam 13 Taman Mewah Sri Bayu, Batu Hitam, 26100 Beserah, Pahang |
Jenis Kediaman | Rumah Berkembar 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM50.00 |
Pegawai Bertugas | Noor Aznieta Ibrahim – 019-9801196Nur Syazwini Zakaria – 019-3300585 KOBANAS – 03 -42521293 |
Bil | 2 |
---|---|
Lokasi | Jalan Solehah 3C, PT 28874, Taman Desa Solehah, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu |
Jenis Kediaman | Rumah Berkembar 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM50.00 |
Pegawai Bertugas | Ahmad Fauzi Yusof – 012-9010049 Mohd Hadafi Ali – 012-9567495 KOBANAS – 03 -42521293 |
Bil | 3 |
---|---|
Lokasi | No. 7, Jalan Desa Jaya 1, Taman Desa Jaya, 75150 Bukit Baru Melaka |
Jenis Kediaman | Rumah Teres dua Tingkat 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM50.00 |
Pegawai Bertugas | Al Naim Jenal -017-6798892 Jeffri Kamaruddin – 011-38085830 Jainal Muhidan – 017-6057155 Mohd Faizal Hashim – 012-2792422 Fatimah Salleh – 019-6588069 KOBANAS – 03 -42521293 |
Bil | 4 |
---|---|
Lokasi | Marina Court, D3-08, Blok D, Tingkat 3, Kota Kinabalu, Sabah |
Jenis Kediaman | Apartment 3 bilik |
Kadar sewa Anggota | RM120.00 |
Pegawai Bertugas | Mohd Ahyar Ahmad – 019-8015939 Roseni Stephen – 013-8666275 Judy D Satiwang – 013-8808471 Jaounah Ompongoh – 010-2216362 Junaidi Ali – 013-8517176 Asmadi Sidin – 016-8032101 Ali Salleh – 016-8029096 KOBANAS – 03 -42521293 |
Artikel Berkaitan Pembiayaan Peribadi Koperasi
Yayasan Ihsan Rakyat: Penyelesaian Terbaik Pinjaman Peribadi!
Pinjaman Peribadi Yayasan Ihsan Rakyat- Pembiayaan Tangkas dan Pantas Anda berminat dengan pinjaman peribadi dari Yayasan Ihsan Rakyat? Dapatkan maklumat terkini untuk penyelesaian kewangan yang pantas dan berkesan. Pinjaman peribadi Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah...
Pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat: Buletin Kewangan Eksklusif!
Yayasan Ihsan Rakyat Buletin Pinjaman Jelajahi buletin terkini dari Yayasan Ihsan Rakyat untuk panduan eksklusif mengenai penyelesaian kewangan. Klik sekarang untuk maklumat terkini dan manfaat yang ditawarkan. Dapatkan promosi terbaik dari Yayasan Ihsan Rakyat mengenai...
Koperasi Perkasa: Pembiayaan Peribadi Terbaik Anda!
Pembiayaan Koperasi Perkasa: Koperkasa pilihan terbaik! Dapatkan segala maklumat yang anda perlukan mengenai pembiayaan yang ditawarkan oleh Koperasi Perkasa (KOPERKASA) untuk kestabilan kewangan anda. Klik untuk maklumat lanjut dan peluang yang menanti anda. Pembiayaan yang...
Yayasan Ihsan Rakyat (YIR): Promosi Pinjaman Peribadi Terbaik!
Pinjaman Peribadi Yayasan Ihsan Rakyat YIR Personal Loan
Koperasi Unikeb: Pembiayaan Peribadi Terbaik di Malaysia!
Pembiayaan Peribadi Koperasi Unikeb Kepada Kakitangan UKM dan Hospital Dapatkan pembiayaan peribadi terbaik dari Koperasi Unikeb untuk kakitangan awam HUKM dan UKM! Dapatkan segala info kewangan dengan baca lebih lanjut sekarang! Pembiayaan ini menyediakan dengan...
Koperasi Ukhwah Malaysia: Pinjaman Peribadi Terbaik!
Pinjaman Peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad Pilihan terbaik dengan kemudahan kewangan apabila anda memohon pinjaman peribadi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad dengan amaun sehingga RM200,000! Nikmati keistimewaan dan baca lebih lanjut sekarang! Ini adalah sebuah koperasi...
Koperasi UTM Berhad (KUTMB): Pinjaman Peribadi Terbaik!
Pinjaman Peribadi Koperasi UTM Berhad KUTMB Jangan lepaskan peluang keemasan dengan pinjaman peribadi dari Koperasi UTM Berhad (KUTMB) yang serba istimewa! Dapatkan maklumat lanjut dan nikmati tawaran eksklusif. Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad (KUTMB) menawarkan...
KATMB Koperasi Tentera: Pinjaman Segera Terbaik!
Terokai Pinjaman Express dari Koperasi Tentera (KT) – KATMB Koperasi Tentera (KT) – KATMB membawa kepada anda pinjaman peribadi yang pantas dan berkemampuan, khususnya ditujukan kepada anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Nikmati keistimewaan istimewa...
KATMB Koperasi Tentera: Best Express Personal Loans!
Unlock Swift Financial Solutions with KATMB’s Express Loan at Koperasi Tentera Experience the convenience and speed of swift financial solutions with KATMB’s express loan at Koperasi Tentera. Enjoy quick approvals and exclusive benefits tailored to...
KATMB Koperasi Tentera: Best Personal Loans in Malaysia!
Discover KATMB’s Personal Loan at Koperasi Tentera Welcome to KATMB, where personalized financial solutions meet your unique needs. Our personal loans at Koperasi Tentera are designed to provide you with the support you need, backed...
Koperasi Pertanian (KOTANI): Pinjaman Terbaik Penjawat Awam
Pinjaman Peribadi Koperasi Pertanian (KOTANI) Dapatkan pinjaman peribadi terbaik dari Koperasi Pertanian (KOTANI) dengan kadar yang istimewa berlandaskan prinsip Islam dan menepati syariah antarabangsa. Tawaran terhad kepada anggota dan rebutlah peluang keemasan ini sekarang! Pinjaman...
Web Directories
Welcome to our comprehensive web directories! Explore a world of information and resources tailored to your interests and needs. From travel adventures to financial solutions, hobbies, reviews, and more, our curated collection of links offers something for everyone. Click on the above links to start your journey towards discovering new experiences and expanding your horizons. Your next destination awaits!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth
https://kobanas.com.my
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS Reviews
Customer Reviews about Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS
Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad KOBANAS menawarkan banyak perkhidmatan kepada anggota. Terdapat banyak keistimewaan menjadi anggota kerana kebajikan ahli dipelihara dalam pelbagai bentuk pembiayaan seperti pinjaman peribadi tunai, pembaharuan cukai jalan dan insurans takaful, homestay dan lain-lain.
Mohd Azwan
https://personalfinancingloan.com
Contact Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
- Tel: (+06) 03 - 4252 1293
- koperasibsn@gmail.com
kobanaskredit@yahoo.com - Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
Wisma KOBANAS, Jalan Jelatek 2,
Jelatek Business Park,
54200 Kuala Lumpur, Selangor