Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Bhd (KAKIB) ditubuhkan pada 27 Julai, 1923 dan kini beroperasi di 111B, Bangunan Koperasi, Jalan Dato’Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak dengan keanggotaan melebihi 6000 anggota.
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk koperasi terbaik dan juga merupakan salah satu koperasi berdaya maju yang tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik di Malaysia. KAKIB di uruskan oleh 15 orang.
Anggota Lembaga yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Sejak ditubuhkan , kedudukan keanggotaanadalah melebihi 6000 orang dengan bermodal yuran, syer dan asset yang terkumpul berakhir tahun 2017 sebanyak RM 84.6 juta dengan bermatlamat untuk memantap ekonomi dan sosial.
Gerakan koperasi yang semakin berkembang maju di Negara ini akan menjadi penyumbang utama KDNK.
Selari dengan moto Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang bersesuaian dengan aspirasi ekonomi Negara.
Setelah hampir melebihi 90 tahun beroperasi, aktiviti Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB terus berkembang dengan mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan KAKIB.