Keanggotaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad
Permohonan
Borang permohonan untuk menjadi anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad – KAKIB perlu diisi dengan lengkap dan sempurna beserta dengan salinan penyata gaji bulan terakhir dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh pegawai/pengetua beserta nama dan jawatan Yang Diberikan Kuasa.
Keanggotaan terbuka kepada kakitangan kerajaan, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dimana bayaran potongan bulanan anggota dapat dibuat melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA).
Syarat-syarat Keanggotaan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad:
- Warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur lapan belas tahun
- Bermastautin atau bekerja atau mempunyai hartatanah atau bekerja dalam Negeri Perak
- Bukan seorang yang tidak berupaya dari segi mental atau bankrap
- Berjawatan Tetap
PERKARA | BAYARAN MINIMA |
---|
Yuran | RM60 |
Syer | RM 200.00 (10 BULAN X RM20) |
Insurans Berkelompok | RM10.00 |
Simpanan Khas | (HAD MAKSIMUM ADALAH SEHINGGA 60% POTONGAN GAJI) |
Kebajikan Anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad
Derma Pelajaran Anak Anggota KAKIB
Kelayakan Memohon
- Menjadi anggota Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad tidak kurang dari 3 tahun.
- Anak Kandung Anggota.
- Anak Tiri atau Anak Angkat anggota yang sah disisi Undang-Undang (Berdaftar).
- Keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM/SPVM, STAM, STPM, Matrikulasi atau yang setaraf.
Permohonan yang lengkap hendaklah sampai kepada Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB sebelum 31 Julai setiap tahun
Khairat Kematian Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad
Kadar Bayaran dan Kelayakan
- RM 1500.00 atas kematian anggota KAKIB. Dibayar kepada waris yang sah
- RM 1000.00 atas kematian suami/isteri anggota
- RM 500.00 atas kematian ibu/bapa anggota
- RM 500.00 atas kematian anak berumur diantara 2 minggu hingga 18 tahun
Tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian dengan mengemukakan dokumen yang lengkap kepada Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad
Dividen Tahunan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad KAKIB memberikan dividen tahunan yang tinggi kepada anggota seperti berikut:-
- DIVIDEN 2019 = 7.1%
- DIVIDEN SIMPANAN KHAS 2019= 8%