Komaju Kelantan Koperasi Jaya Maju Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 7 November 2017 apabila diluluskan pendaftarannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran D-5-0850.
Dengan semangat yang tinggi serta daya juang yang berkobar-kobar daripada puluhan orang yang pernah belajar di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, maka tertubuhlah koperasi ini.
Perjumpaan mesyuarat permulaan untuk penubuhan telah diadakan di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan. Diharapkan penubuhan ini akan memartabatkan ekonomi anak bangsa dan umat Islam, sekaligus memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.
Setakat ini, KOMAJU akan memberi fokus kepada perniagaan peruncitan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Matlamat penubuhan utama Komaju ialah untuk menjana ekonomi ahli melalui pengibatan mereka dalam pelbagai sektor perniagaan. Aktiviti utama komaju ialah perniagaan Tadika, Hartanah, Kedai Runcit dll.